Kongsi Ilmu

Tuesday, October 19, 2010

Permintaan Tambah Hukuman Penjara

Dua peristiwa menarik, satu mengenai hukuman jenayah menghapus bukti pembunuhan  dan satu lagi hukuman denda RM 2000 ke atas remaja Cina yang melempar cat dan botol arak ke dalam surau di Seremban di bulan Ramadhan lepas. Bagi kesalahan  pertama, hukuman penjara 7 tahun bagi penjenayah yang menghapuskan bukti dan mayat mangsa bunuh Dato' Sosilawati dan 3 rakannya dianggap ringan dan permohonan telah dibuat oleh Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy supaya hukuman yang lebih berat dikenakan bagi menjadi penghalang kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan (Nampaknya kaum India pon sepakat dalam hal ini kerana banyak juga mangsa dari kalngan peguam kaum mereka dan ahli perniagaan Melayu). Bagaimanapon saya mencadangkan juga supaya mana mana NGO Islam menuntut hukuman yang lebih berat bagi 3 remaja Cina yang melempar cat dan botol minuman keras ke dalam sebuah surau semasa Ramadhan lepas, supaya jadi pengajaran kepada yang lain. Mereka ini hanya dihukum denda RM 2000 dan diminta menghadiri kaunseling dan khidmat komuniti selama 3 bulan. Sebelum ini kes dua remaja Melayu adik beradik yang membakar gereja dihukum penjara 7 tahun juga. Apakah membakar bangunan (arson) boleh disamakan dengan menghapuskan bukti pembunuhan (ertinya membunuh kerana membakar mayat mangsa bunuh!)

Hukuman perlu setimpal dengan kesalahan jenayah yang dilakukan bagai kata Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy , hukuman yang ringan takkan mengajar penjenayah untuk berfikir 2 kali sebelum melakukan jenayah yang sama di masa hadapan. Dibawakan 2 kesah ini untuk jadi renungan mereka yang melaungkan keadilan -sama sama kita renungkan!
................................................
Permintaan tambah hukuman



KUALA LUMPUR 18 Okt. - Hukuman tujuh tahun penjara ke atas dua suspek yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya disifatkan ringan, tidak setimpal dan tidak mampu mewujudkan rasa takut kepada orang lain.


Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy berkata, beliau bimbang hukuman itu tidak mampu menjadi faktor pencegah kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan.


Sehubungan itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pagi ini memohon supaya keputusan itu disemak dan diteliti semula.


"Hukuman ke atas mereka iaitu penjara tujuh tahun serentak bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Kita memohon budi bicara supaya Hakim Besar Malaya meneliti pertuduhan itu dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Jumaat lalu, kedua-dua tertuduh, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, mengaku bersalah atas masing-masing empat pertuduhan pada prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor.


Majistret Hurman Hussain kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 9 September lalu.

Hukuman itu diperintahkan berjalan secara serentak.

Kedua-dua tertuduh juga memohon maaf kepada kesemua keluarga mangsa atas penglibatan mereka dalam pembunuhan ngeri itu.

Sebelum itu, Sosilawati, 47, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.


Ditanya jika permintaan itu dianggap menghina mahkamah, Jeevan menjelaskan, pihaknya hanya memohon Hakim Besar Malaya menyemak semula hukuman kes tersebut

1 comment:

  1. Sepatutnya sesiapa bersubahat menghapuskan bukti pembunuhan patut dihukum mati juga sama seperti pembunuh itu.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras