Blog The Flying Kick memaklumkan bahawa dokumen tentang siapa dibelakang Dinar Emas Kelantan sedang dalam perjalanan ke Ibukota. Selepas ini seluruh negara akan tahu siapa yang akan kaut untung besar dari perniagaan Dinar Emas Kelantan.
Bila saya utarakan isu ini di facebook, ada pembaca yang bertanya jika pelaburan dalam emas bagus, kenapa Kerajaan Persekutuan marah kat Kerajaan Kelantan?
Jawapannya Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Setiap aktiviti perniagaan dan pengambilan kewangan oleh institusi bank dan kewangan dikawal secara sentral oleh Bank Negara dibawah Akta Bank and Finance Institution 1969 (BAFIA Act). Kawalan atau regulatory kewangan sentral dalam sesebuah negara adalah sesuatu yang biasa dan diamalkan oleh semua negara lain di dunia.
Akta BAFIA digunakan bagi menjaga kepentingan pengguna. Lagipon bagi generasi baru, mungkin tak pernah membaca mengenai penutupan institusi bank dan kewangan yang muflis seperti CCM pada tahun 1980-an dan penyatuan bank bank kecil di Malaysia lepas krisis kewangan 1997-1998 . Krisis ini menyebabkan regulasi kewangan di Malaysia diketatkan bagi urustadbir kewangan yang lebih cekap dan telus supaya kepentingan pengguna dijaga dan ekonomi negara tidak terjejas. Apatah lagi Kelantan mengalami defisit kewangan dan saman RM 800 juta syarikat Timbermine baru baru ini menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa membayar hampir 2 kali ganda perbelanjaan Tahunan Negeri Kelantan (Perbelanjaan Tahunan Kerajaan Negeri Kelantan ialah RM 400 juta setahun).....jadi mampukan Kerajaan Negeri membayar balik emas pada nilai emas semasa kepada para pengguna yang membeli Dinar Emas tersebut?
Selain itu, negara Mexico pernah mengalami krisis di mana penjawat awam yang diberikan wang emas sebagai token dan pelaburan masa persaraan tidak dapat menebusguna balik emas dari pemerintah kerana Mexico tidak mampu membayar balik harga emas pada pasaran semasa. Semua orang tahu bila emas ditebusguna di kedai emas, maka emas akan mengalami susutnilai sehingga 30% dari nilai emas yang dilaburkan semasa pembelian. Dengan ertikata lain, pengeluaran wang emas (termasuklah Dinar Emas Kelantan) perlu diregulasi oleh sebuah agensi sentral iaitu Bank Negara bagi menjaga kepentingan pengguna dan negara!
Mengenai Dinar Emas yang pernah dicadangkan penggunaannya di kalangan negara OIC oleh Che Det iaitu mantan PM, ianya digunakan sebagai bayaran kepada dagangan antara 2 negara. Contohnya bayaran produk kilang dari Malaysia dibayar pada harga nilai emas yang setara atau ditukar secara barter trade dengan barangan lain seperti produk pertanian dari Mesir. Tiada transaksi emas secara fizikal dibuat, yang ada cuma nilai barang yang ditukar dikira dan disandarkan kepada nilai emas semasa dan barter trade digunakan antara 2 atau lebih negara yang terlibat.
Untuk mengetahui sejarah perjuangan dan inisiatif Dinar Emas yang diperjuangkan oleh Mantan PM Tun Dr. Mahathir (TDM), sila rujuk link video dibawah terutama pada minit ke 4.02 sehingga 7.0. Bagaikata Syeikh Imran Hussein, satu satunya pemimpin Islam yang berjaya memahami sistem kewangan Islam dan cuba melaksanakannya ialah TDM dari Malaysia.Pon begitu,menurut Syeikh Imran Hussein lagi, nyawa Mantan PM mungkin dalam bahaya jika diteruskan projek kewangan berasaskan Dinar Emas ke seluruh dunia.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DTGqdgoY1Ks
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DTGqdgoY1Ks
Membeli dan melabur dalam emas juga terdedah kepada risiko dimanipulasi seperti matawang kertas. Ini kerana emas dan perak, 2 logam berharga juga terdedah kepada manipulasi pihak yang sama iaitu Rothschild & Sons; Mocatta & Goldsmid; Samuel Montagu & Co.; Pixley & Abell; and Sharps & Wilkins.
Petikan di bawah boleh dijadikan rujukan:
" what i see in the future, the G&S will be experiencing where fiat money is facing now should the fixing is based on 'london gold fixing', there is no two way about it, they have to reconstruct the Gold Fixing Standard in accordance to the Prophetic System as introduced by Nabi s.a.w
The original five founding members were: N M Rothschild & Sons; Mocatta & Goldsmid; Samuel Montagu & Co.; Pixley & Abell; and Sharps & Wilkins.
For over 80 years we have been fixing the price of gold providing market users with the opportunity to buy and sell gold at a single quoted price. It also provides a published benchmark price that is widely used as a pricing medium by producers, consumers, investors and central banks.
The fix is carried out twice a day by the 5 members via a dedicated conference call facility "
Krisis kewangan ini adalah yang terburuk dalam sejarah 100 tahun. Menurut Sami Al-Suwailem, IRTI, IDB, February 2009, Pasaran Kewangan telah kehilangan $30-35 trillions pada tahun 2009. Real estate lost $30-35 trillions. Institusi kewangan pula kehilangan $3+ trillions. Dan Bank Pusat telah menyuntik sebanyak $8+ trillions sejak bermulayan krisis. Dan semua krisis ini bermula kerana satu sebab- RIBA melalui pinjaman berfaedah, perbuatan leveraging dan spekulasi yang melampau.
Untuk menyelesaikan krisis kita perlukan kewangan alternatif yang terbaik, dan kita perlu kembali kepada sistem kewangan Islam. Rujuk artikel Harvard Law Review di sini
http://www.opfblog.com/1993/islamic-finance-authenticity-and-innovation-a-regulators-perspective/Berkenaan pelaburan emas yang maseh terdedah kepada kegiatan manipulasi dan spekulasi pasaran hadapan emas, rujuk artikel di bawah
Gold Price Outlook and Forecast for 2010 and 2011 – A Good Buy or Fool’s Investment
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras