Kongsi Ilmu

Tuesday, September 14, 2010

Alternatif ketiga untuk orang Melayu Islam di Malaysia

Alhamdulillah,

Itulah yang saya rasakan bila kepimpinan UMNO berpakat ramai ramai menolak PERKASA.

Ada hikmahnya!

Tatkala orang dah mulai bosan dengan mainan politik kotor PAS dan UMNO, dan kedua dua parti berlumba lumba meminang undi kaum asing dengan menganjakkan pelbagai lagi tiang gol ugama, akidah, hak orang Melayu seperti dalam 7 Wasiat Raja Raja Melayu yang dijadikan intipati Perlembagaan Persekutuan ( dengan peruntukan menjaga Islam, orang Melayu, Raja Raja Melayu dan hak orang Melayu sebagai pribumi dan mencari rezeki yang halal di Malaysia)

.....mungkin PERKASA menjadi satu satunya jalan penyelesaian ke atas polemik masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Berita yang saya dengar dari ulama pondok di Kelantan sudah tidak wajib bagi orang Melayu Islam menyokong PAS, kerana berdasarkan pengetahuan ugama mereka yang alim dan banyak mentelaah kitab kitab karangan ulama muktabar dan hukum fiqh dari 4 mazhab utama, sokongan kepada entiti /pertubuhan NGO/parti politik perlu diberikan kepada entiti yang kurang mendatangkan mudharat kepada ummat Islam.

Tambahan lagi sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan ini, tok-tok guru pondok di Kelantan sentiasa mendapat kunjungan hormat dan sokongan moral dari tokoh ugama/ulama ahlul bayt dari Australia dan Syiria yang menyokong perjuangan ulama pondok ahlul sunnah wal jamaah di Kelantan.

Bagai kata seorang anak mureed tok guru pondok ini-Islam di Kelantan maju bukan kerana Nik Aziz tapi kerana perjuangan ulama /tok guru pondok di Kelantan yang tegas memperjuangkan Islam ahlul sunnah wal jamaah!

Jadi dalam situasi sekarang di mana UMNO memutuskan untuk tidak menyokong PERKASA dan PAS dilihat tergelincir dari perjuangan asal Islam dengan fahaman Wahhabinya yang memecah belahkan ummah Islam, alternatif terbaik adalah PERKASA.

Saya dapat maklumat bahawa orang yang dahulunya menyokong PAS juga akan menganggotai PERKASA. Begitu juga PERKASA membuka pintu seluas luasnya kepada mana mana ahli UMNO untuk menganggotainya.

Maka perpaduan ummah Islam yang diperjuangkan oleh ummah Islam sejak PRU12 akan menjadi nyata, bukan dengan UMNO atau PAS tapi dengan PERKASA!.

1 comment:

  1. Kalau Perkasa ni parti politik... saya akan undi Perkasa dalam pilihanraya...

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras