Kongsi Ilmu

Wednesday, March 17, 2010

PAS, hukuman ciptaan manusia dan kepincangan masyarakat di Kelantan

Hancurnya Empayar Uthmaini di Turki yang menguasai dunia pada tahun 1920-an kerana hukuman manusia menggantikan Al Quran dan Sunnah.

Di Kelantan, heboh pentadbiran negeri itu menjenamakan negeri sebagai Serambi Mekah. Soalnya sekarang benarkah pemerintahan PAS sekarang ni benar-benar memerintah ikut al Quran Dan Sunnah?

Menurut seorang rakan wartawan veteran yang pernah menemu bual seseorang yang penting di awal kemunculan PAS sebagai kuasa politik besar di Kelantan hampir 20 tahun dulu, PAS tidak bersedia menjalankan pemerintahan Islam. Malah mereka tiada blue print plan untuk menyediakan pemerintahan Islam yang baik. Disebabkan BN telah menjalankan pemerintahan yang baik untuk negara, satu satunya jalan untuk mengetengahkan jenama PAS adalah dengan kaedah differentiasi, maka Islam telah dirompak sejak hari itu. Hebohlah PAS bahawa hanya parti itu sahaja yang mengetengahkan pemerintahan Islam ikut Al Quran dan Sunnah.

Soalnya, setelah 20 tahun memerintah Kelantan, masihkan mereka belum bersedia untuk mengetengahkan pemerintahan Islam?

Kepincangan  dan penyakit sosial dalam sesuatu  masyarakat adalah simptom kepada kepincangan polisi sesuatu pentadbiran negeri atau negara. Hari ini Kelantan adalah teratas dari segi  statistik penagihan dadah,HIV dan AIDS, keruntuhan moral, kehancuran rumah tangga dan macam -macam lagi penyakit sosial. Untuk mengubat sesuatu penyakit sosial, kita perlu balik kepada  punca / root cause permasaalahan.


Cerita yang  saya petik dari FB adalah kesah benar kepincangan pentadbiran PAS di Kelantan yang dah  mencampuri urusan polis dan mahkamah sivil dan syarie. Ada dua kes menarik yang saya ketengahkan; satu kes cerai paksa kerana si suami orang UMNO dan siisteri anak sedara ADUN PAS. Jadi siisteri dipaksa  meminta cerai dari sisuami tanpa sebab. Cerita kedua pasal kes rogol yang melibatkan seorang ahli PAS. Mereka ni maksum ker sampai  polis tak boleh bertindak dan mahkamah tak boleh dakwa?

Saya teringat  pesan kawan saya yang alim ilmu ugama apa yang berlaku sekarang adalah kerana PAS di Kelantan  tidak mendedahkan ilmu sebenar iaitu ilmu fardhu ain pada anak rakyat ...mereka hanya sibuk kpd ilmu fardhu kiffayah sahaja, sedangkan dalam pengajian agama wajib selesaikan ilmu fardhu ain (ilmu kenal Allah dulu) kpd anak rakyat...kerana tidak didedahkan ilmu ini maka Islam di Kelantan  tidak betul dan kerana kejahilan ilmu maka banyak berlaku kes-kes penceraian,rogol,zina,anak luar nikah dadah dan sebagainya....mereka tidak kenal Allah dan tidak kenal diri (jahil murakab)...

.................................................................................

Dipetik dari FB Nik Aziz Bin Nik Mat Discusion Board  http://www.facebook.com/profile.php?id=100000673861618&ref=ts#!/topic.php?uid=358919387591&topic=13759

Kenapa Pelaku Sumbang Muhrim/Rogol dibela dalam PAS..? Kenapa isteri "Halal" ceraikan suami yang bukan PAS..?

Kes satu-Penceraian yang dipaksa


"Institusi Keagamaan & Mahkamah Syariah Kelantan berjaya dimanipulasi golongan tertentu dalam PAS untuk menikah-ceraikan sesiapa sahaja mengikut kemahuan mereka. Hj. Ghazi bin Mat Adam (PAS-PAsir Tumboh) telah mengeluarkan kenyataan UMNO kafir dan memaksa anak saudara beliau meminta cerai dan dipersetujui oleh Hakim syarie Nik Najib bin Hasan dan perceraian dipaksa ke atas pasangan muda tersebut."


Kes dua- Perogol yang maksum dan pelajar wanita yang dizalimi
"Saya amat keliru dengan fakta dan kisah benar yang berlaku di dalam PAS semasa. Kenapa mereka lawan semua orang tua-tua (tok-tok guru) para penasihat istana dan tuduh kafir..?



Apakah untungnya kita lawan dengan orang macam Tok Ayah Mat Jibril, Tok Imam Mansor, Tok Ayah Bidin, Tok Ayah Mat Pohon Tanjung dan ramai lagi hingga ramai yang kena macam-macam bala musibah. (Mereka yang dilawan oleh PAS  adalah pemimpin ugama dan guru di Institusi Pondok di Kelantan)


Cikgu Arifin P.K Hem SM Hamzah Machang, Fahmi-menantu tok guru, Tengku Arif Pauh Lima, Datuk Amir Hamzah timbalan ketua polis klate dan semua yang maklum terpakse diam bila hakim mahkamah syarie sendiri, Nik Najib berjaya dimanipulasi oleh golongan ahli profesional PAS. Peguam syarie Mohd Zaki Zainal Abidin yang tahu kes ini, tarik diri dari kes setelah diugut oleh saudara Saufi Gunong.



Mereka tak kenalkah bahawa orang tua-tua ni hidup zaman 5 PM...zaman Tok Kenali, Tok Janggut...orang yang Allah dah bagi mereka pelbagai kelebihan kecuali degree atau master dari universiti Al--Azhar.


Moga Tok Guru tulo selesai laa....nayo ko budok, nok jdi gilor...bru umur 18 tahun...kena pakse berhenti sekolah sejak tingktan 3 lagi...!! kena ugut bunuh kalau bocor rahsia kes rogol oleh ahli taksub PAS yang ada masalah ketagih sex."

Perlukah kita sebagai orang Islam menyokong pentadbiran negeri yang pincang sebegini dan mengetengahkannya di peringkat nasional? Rupanya selama ni tak banyak cerita yang keluar dari Kelantan ialah kerana semua institusi terlibat disogok (SPRM Kelantan)/diugut (mahkamah sivil dan syarie)  agar diam. Adilkan pemerintahan seperti ini?

Nota kaki
saya masih menuNggu jawapan dari Nik Aziz. Tuan /Puan bagaimana? Mahukah pebtadbiran sebegini dijalankan di seluruh negara? Fikir-fikirkan!

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras