Kongsi Ilmu

Friday, January 29, 2010

Tatacara Penilaian Tender Kerajaan

Saya terkejut besar jika benar Lembaga Tender Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pengerusikan oleh Ketua Menteri DAPnya!

Benarlah zaman sekarang, cakap tak serupa bikin, janji pilihanraya tinggal gula-gula dan halwa telinga bagi si rakyat "bodoh" untuk mengundi

Lepas pilihanraya rakyat yang disangka bodoh akan mendiamkan diri hatta terlalu cintakan Saidina Umar Al Khatab palsu

Seingat saya mana mana kerajaan BN yang memerintah mana mana negeri tak pernah kacau kerja penjawat awam.

Penjawat awam telah diberikan amanah untuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. Mereka juga telah dilatih untuk menjadi neutral semasa menilai tender

Tender atau sebut harga terbahagi kepada 3 peringkat. Saya akui tak pernah jadi Pengerusi Lembaga Tender tapi saya pernah jadi ahli Panel Penilai. Peringkat Tender yang dimaksudkan pula ialah Peringkat Panggilan Tender sehingga Pembukaan Dokumen Tender, Peringkat Penilaian dan Peringkat Pembentangan Tender dan Penganugerahan Tender.

Mana mana pihak yang ada kepentingan WAJIB buat deklarasi mereka mempunyai KEPENTINGAN dan minta dikecualikan dari mana mana peringkat Tender termasuklah mengecualikan diri dari jadi Pengerusi Lembaga Tender!

Saya menyeru supaya SPRM dan juga Jabatan Audit Negara siasat ketidak telusan dalam proses Penganugerahan Tender di Pulau Pinang!

Ingat janji dulu nak tender terbuka dan telus, bila dah berkuasa lagi bertambah teruk sistem Pentadbiran. Dimanakan Urustadbir Cekap yang dilaungkan dulu?

2 comments:

  1. ini semua untuk kroni. sebab itulah orang cina penang tidak akan berhenti daripada menyokong Lim jiwa komunis ini..

    ReplyDelete
  2. sekarang sah siapa yang tak telus...kita kena ingat, salah satu punca kekelahan bn KONONNYA diwar warkan pemimpin BN kacau penjawat awam,,,sekarang dah sah, di negeri yg dikuasai pembangkang, penjawat awam langsung tiada hak, semua urusan pentadbiran dibuat oleh Pejabat Menteri Besar yang mana tentu menggaji kroni dan saudara maranya

    Allah maha besar, fitnah ini akhirnya terbukti salah bila pendedahan dibuat oleh Kickdefella, Zahrain dan YBK Selangor

    Lepas ni jelas BN lebih telus dan tak ganggu gugat kerja penjawat awam!

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras