Kongsi Ilmu

Monday, January 11, 2010

Gereja Patut Berhenti Menuntut Penggunaan Kalimah Allah- Clarence Bongkos Malakun

Saya angkat tabik kepada En. Clarence Bongkos Malakun, Presiden Majlis jaksa Pendamai Malaysia. Sesungguhnya seruan supaya gereja menghentikan usaha menggunakan kalimah Allah adalah satu usaha murni untuk memastikan kedamaian dan keharmonian di Malaysia berkekalan.

Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup dengan aman dan damai di Malaysia.

Ujar beliau lagi, "tidak harus kita mempertikaikan yang kalimah Allah biasa digunakan oleh masyarakat bukan Islam di negara luar, kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan (di Malaysia)"

Sesungguhnya seruan dari En Clarence B. Malakun kena dan tepat pada masanya kerana
semua pengamal ugama, sebenarnya diajar mengamalkan dan menyampaikan
rasa kasih dan belas ehsan sesama manusia.

Berikut adalah petikan dari Jalaludin Rumi, seorang penyair Islam yang terkenal bukan sahaja di negara Islam malah di Barat.

A lifetime without LOVE is of no account
LOVE is The Water Of Life
Drink it down with heart and soul

Petikan lanjut ucapan En Clarence B Malakun di Utusan Malaysia di sini

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras