Hari ini umat Islam yang dipilih Allah bersiap sedia wukuf di Arafah.
Tetamu Allah yang bertuah ini bermalam di Arafah sebagai sebahagian dari requirement dalam menunaikan ibadah haji mereka.
Disini, semua orang sama rata, tiada lagi pangkat dan darjat duniawi, martabat mereka dinilai dari kualiti ibadah mereka.
Di kalangan para haji dan juga mereka yang mengerja umrah, tak lupa juga memanjat bukit Jabbal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa yang terpisah 40 tahun lamanya setelah dikeluarkan dari syurga.
Di atas bukit Jabbal Rahmahlah , termeterai semula cinta dua insan, Adam dan Hawa.
Mungkin sebab itu ramai jemaah haji dan juga jemaah yang mengerjakan umrah, sering memanjat Jabbal Rahmah untuk menghayati percintaan Adam dan Hawa...dan ada juga yang membawa hajat masing-masing.....
Di kaki bukit Jabbal Rahmah juga ada satu dataran semulajadi yang terbentuk di atas seketul batu yang mendatar..di sinilah keturunan Nabi Adam dan nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W memberikan ucapan terakhirnya bagi ummah Islam sebelum baginda wafat. Sayangnya baginda kepada ummah hingga ke akhir hayat..begitulah kesah cinta agung kekasih Allah terhadap ummah Islam.
Sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari keliling Makkah dan Arafah. Dari Taubat Nabi Adam, Pengorbanan Nabi Ibrahim, Keredhaan Nabi Ismail, Kecintaan Nabi Muhammad terhadap ummahnya, Ketabahan Siti Hawa, Kesetiaan Siti Hajar , semuanya mengajar kita erti taubat kepada Allah, cinta pada Allah, cinta sesama manusia, keredhaan dan kesabaran menghadapi ujian Allah, ketakwaan, ketabahan dan menyerahkan segala urusan hidup kita ke tangan Illahi.
Bertuahlah tetamu Allah yang terpilih menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.
Sama-samalah kita berdoa agar kita juga terpilih menjadi tetamu Allah di tahun mendatang. Di hari 9 Zulhijjah ini, iaitu diantara hari hari yang sangat afdal berdoa, juga di malam eidul adha, sama samalah kita berdoa bukan sahaja untuk kebaikan dan kesejahteraan kita, tapi untuk kebaikan dan kesejahteraan seluruh ummah Islam hendaknya. Amin.
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras