Kesah ini saya ambil dari The People's Court, perbicaraan kes sivil , isu saman paterniti ( paternity lawsuit-saman menentukan bapa si bayi) yang disiarkan melalui TV sindiket atau prabayar semasa saya menjadi visa student di Kanada.
The People's Court adalah rancangan televisyen berdasar kesah benar kes kes yang dibicarakan dan dihakimi oleh si hakim dan dibantu oleh para juri rakyat yang dipilih berdasarkan kepakaran dan kredibiliti mereka sama ada dari segi akademik, kepribadian dan jati diri. Pendek kata mereka ada Subject Matter Expert (SME) untuk satu satu perkara.
Ada satu kes yang menarik hati saya, kebetulan pula berkaitan dengan ijazah pertama saya -apalagi kalau tak genetik!
Kes bermula di sebuah penempatan pendatang hispanik atau Amerika Latin di Amerika Syarikat. Umum mengetahui bahawa pendatang hispanik amat berpegang teguh kepada ajaran ugama Kristian mereka bermahzab Katolik. Di kalangan mereka, seks sebelum kahwin (premarital sex) adalah terlarang.
Kes terjadi apabila seorang pelajar remaja yang masih bersekolah tinggi (high school) dan keluarganya enggan mengakui bahawa bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang sama adalah bayinya.
Alasannya amat mudah! Tiada penetrasi alat sulit lelaki ke dalam vagina pelajar wanita tersebut, walaupun kedua defenden dan plaintif mengakui terjadinya "hubungan intim tanpa seks" antara mereka.
Perbicaraan yang dihakimi oleh hakim yang bijaksana dan diiringi oleh para juri yang pakar dalam genetik berpendapat sebaliknya. Menurut keterangan pakar genetik yang hadir, bahawa kehamilan masih boleh terjadi asalkan ada ejakulasi dan pengeluaran sperma. Isu siapa bapa si bayi kemudian disahkan melalui ujian DNA yang mana mengesahkan bahawa pelajar lelaki tersbut adalah bapa kepada bayi yang baru lahir!
Kesimpulannya
1- Kehamilan masih terjadi asalkan ada ejakulasi dan pengeluaran sperma, bagaimanapun kes ini adalah satu dalam seribu kebarangkaliannya.
2- Ketiadaan penetrasi tidak bermakna tiada hubungan kelamin terjadi
3-DNA manusia dapat diambil melalui sampel darah, sperma, cecair badan seperti lelendir dan air liur, rambut dan kulit
4-DNA adalah bahan genetik yang diwarisi dari ibu dan bapa-dalam kes paterniti, ujian DNA selalu digunakan untuk menentukan bapa si bayi
5-DNA juga digunakan untuk mengetahui bahawa sesuatu jenayah seperti rogol, pecah rumah atau pembunuhan telah berlaku kerana sample genetik akan tertinggal di tempat yang pernah dilawati si penjenayah.
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras