Kongsi Ilmu

Sunday, October 25, 2009

perkembangan positif Najib-nomics


Consumer Sentiments Index dan Business Condition Index yang semakin meningkat semenjak DS Najib menerajui Malaysia-sumber Malaysian Institute Of Economic Research http://www.mier.org.my/

Pembentangan Budget 2010 telahpun berlalu jumaat lepas....., apa pendapat anda?


Saya melihat sesuatu perkembangan positif yang telah lama ditinggalkan..iaitu bermulanya era ekonomi Najib atau lebih senang dikenali senagai Najib-nomics. Umum mengetahui bahawa era perkembangan secara fast tract dan exponential telah lama ditinggalkan sejak berakhirnya Mahathirism (zaman Tun Dr. Mahathir)



Umum juga mengetahui bahawa sejak tsunami politik yang melanda Malaysia sejak 8 Mac 2008, bersama sama tsunami tersebut adalah badai ekonomi negara. Badai ekonomi negara ini tidak dapat dielakkan kerana pada ketika ini seluruh dunia sedang mengalami zaman kemelesetan.


Kemelesetan ekonomi menjadi berganda buat Malaysia kerana keadaan fundamental terpenting iaitu politik negara berada dalam keadaan tegang akibat provokasi pihak pembangkang yang merasakan bahawa mereka layak mengambil alih tadbir urus negara kerana menang besar di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak (sehingga Februari 2009), Selangor dan Kelantan.


Ketidakstabilan politik negara yang ditambah dengan pertukaran drastik dasar-dasar yang dibuat oleh negeri -negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang (terutamanya Pulau Pinang dan Selangor yang sebelum ini menerima banyak Pelaburan Asing (Foreign Direct Investment) menyebabkan para pelabur asing mengambil langkah berhati-hati.

Tambahan lagi pentadbiran baru negeri-negeri penjana ekonomi negara (bread-basket states) jelas terbukti lemah dari segi tadbir urus korporat (corporate governance). Umum mengetahui bahawa Selangor sebelum 8 Mac 20 mempunyai simpanan sebanyak RM 1.2 sehingga 1.4 billion. Malangnya kini simpanan wang yang ada di Selangor semakin hilang. Keadaan menjadi bertambah bercelaru bilamana saksi utama SPRM dalam kes penyelewenagn wang dan rasuah yang melibatkan anggota ADUN Pakatan Rakyat iaitu mendiang Teoh Beng Hock ditemui terbunuh.


Keadaan yang sama berlaku di Pulau Pinang...rizab wang semakin kurang, pelaburan asing juga tidak berjalan lancar seperti sebelumnya . Dimaklumkan kerajaan negeri berkenaan terpaksa berhadapan dengan kes rasuah ADUN dan Bekas Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang yang failnya dibuka semula oleh SPRM. Malah keluhan golongan miskin yang tertindas dan kebetulannya majoritinya adalah kaum Melayu di Pulau Pinang pernah dikeluarkan oleh blog Mutiara Pulau Pinang, AIDC dan blog ini sendiri dalam artikel " Jangan jadikan mutiara airmata yang mengalir di Pulau Pinang mengalir di Bagan Pinang" Selain itu sikap DAP iaitu partai yang mendokong Pakatan Rakyat juga dilihat menjelekkan dengan tindak tanduk beberapa pemimpin utamanya yang jelas menentang sebarang penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada kaum lain!Jelas DAP tidak boleh lari dari sikap perkaumannya yang sempit. Malah latahan DAPSY yang jelas menentang penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada kaum lain telah membuka pekung didada yang selama ini cuba ditutup dengan mewar-warkan kemasukan beberapa Melayu di Kg Air Tawar, Perak dan Melayu di kawasan MP DAP di Wilayah Persekutuan yang memasuki partai tersebut!.


Akibat dari beberapa tindakan tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat, termasuklah mengadakan huru hara dalam politik Perak dan tindakan kebudak budakan mereka dengan mengadakan sidang DUN bawah pokok di Perak, dan jelas membelakangkan Undang undang Tubuh Negeri Perak, menderhaka kepada Sultan dan menyamar menjadi Speaker, maka keyakinan pelabur menjadi bertambah luntur. Mangsa utama ialah ekonomi dan mangsa seterusnya adalah rakyat Malaysia yang kehilangan banyak kerja kerana penutupan kilang ataupun perusahaan akibat bangkrap atau pelabur yang lari ke negara lain seperti Cina atau Vietnam.

Namun bagai kata pepatah Inggeris, dimana adanya awan gelap , disitu ada sinar harapan. Data dari Malaysia Institute Of Economic Research (MIER) menunjukkan bahawa terdapat pemulihan kepada Business Condition Index pada 113.7 mata, rezab negara dan juga Indeks Keyakinan Pengguna (Consumer Sentiment Index atau CSI) yang meningkat ke 105.4 mata kerana peningkatan jumlah pekerjaan yang dijana semenjak DS Najib menerajui Malaysia. Rujuk di bawah artikel Survey, Malaysia Institute Of Economic Research http://www.org.my/
Jadi sesungguhnya pmbentangan budget Malaysia 2010 pada hari jumaat lepas adalah di bawah objektif menjadikan ekonomi Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi dengan menjadikan sektor swasta sebagi pemacu utama kepada pemulihan ekonomi adalah satu langkah yang bijak. Ini juga satu langkah DS Najib untuk mengurangkan kebergantungan kewangan ke atas Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, banyak dana yang diletakkan di bawah SME Corp (dulunya SMIDEC) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana bagi memulakan atau memulihkan perusahaan mereka. Yang menariknya ada dana RM 50 milion untuk tujuan penjenamaan dan promosi.! Diharapkan usahawan Bumiputera dapat mengambil langkah positif dan mengguna sebaik mungkin peluang yang diberikan.
Marilah kita sama sama mengembeleng tenaga untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Kita semua bertanggung jawab untuk kembalikan kestabilan politik di Malaysia! Tolak permusuhan dan pemimpin yang mengakibatkan keadaan huru hara di Malaysia........Lupakan persengketaan, perjuangan kita masih jauh.......pandanglah ke hadapan ....untuk kebaikan kita dan generasi kita akan datang!

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras