Terdahulu saya menerima komen dari sahabat saya Junah untuk artikel worst case political scenario in Malaysia. Mulanya nak buat komen sahaja tetapi berita Utusan Malaysia hari ini menarik perhatian saya. (Thanks Junah, for reminding me)
Utusan Malaysia hari ini dipetik sebagai berkata Harvard Business School sedang membuat kajian atas langkah berani DS Najib meliberalisasikan ekonomi Malaysia sebagai persiapan ke atas AFTA dan rundingan pertubuhan perdagangan dunia. Langkah tersebut termasuklah beberapa initiatif 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Dengan inisiatif tersebut, ia membatalkan polisi pelaburan negara terdahulu yang memerlukan pegangan ekuiti bumiputera sekurang kurangnya 30% dalam 25 sektor ekonomi yang dikenalpasti kurang mendapat penyertaan usahawan bumiputera selama ini. Langkah ini dibuat bagi memangkin pelaburan asing (FDI) di Malaysia
Rujukan berita di sini Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Ia juga dipetik sebagai berkata Malaysia telah berjaya meningkatkan corporate governance (pengurusan kewangan), insurans dan pembankan ekoran krisis kewangan pada tahun 1998
(Jutaan terima kasih kepada pakar ekonomi negara Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) yang memperketat dasar kewangan supaya dapat mengelak perdagangan matawang negara yang di manipulasi di peringkat antara bangsa dengan mengikat ringgit pada RM 3.80 bagi setiap USD 1.00. Dasar itu dilonggarkan sedikit setelah manipulasi matawang negara- negara terlibat diperingkat antarabangsa dihentikan - jasamu ayahanda TDM tetap dikenang)
Ayahanda TDM telah meletakkan asas ekonomi negara kepada tahap yang tinggi. Kini berjuangan mengisi erti kemerdekaan sebenar dipegang oleh DS Najib. Mampukan DS Najib menahan kemaraan globalisasi dalam era di mana berita politik, sosial dan ekonomi luar negara dan dapat dipetik dan dihantar melalui TV, telefon bimbit , internet dan twitter?
Sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia dalam tsunami piliharaya PRU12 adalah bibit kepada globalisasi sedunia. Di era tersebut, gaya pemikiran, gaya poltik, gaya hidup akan disama ratakan di mana saja ianya sama ada dari Tumbuktu ke Cape Town, dari Tel Aviv ke Helsinki , dari The Hague ke Madinah.......
Allah amat sayangkan ummahNya di bumi Timur sebelah sini. Hatta perubahan era globalisasi tersebut di buat gambaran awal (prelude) agar pemimpin Islam sebelah Nusantara mengambil iktibar apa yang terjadi dan bersedia bilamana globalisasi berlaku.
Benar bahawa penjajahan telah lama tiada. Tetapi kini penjajahan kedua yang perlahan, lebih senyap dalam jangka panjang sedang berlaku.
Mampukah Malaysia menampan serangan akibat globalisasi ekonomi iaitu serangan dayasaing barangan keluaran negara luar yang lebih rendah harganya seperti kereta? Mampukan syarikat Malaysia seperti Proton dan Perodua berdaya saing di era di mana tiada lagi dasar perlindungan ke atas produk keluaran negara? Apakah tsunami plitik di Perak (dulu) dan Selangor melihat trend bahawa dengan berubahnya tampok pemerintahan dari BN ke PR maka proriti membeli barangan produk tempatan atau menggaji syarikat dan kontraktor tempatan akan diketepikan?
Mampukah syarikat negara yang telah mencapai status Multi National Company (MNC) seperti Petronas dan Maybank, IJM dan UEM mengekalkan daya saing tanpa dasar perlindungan negara selama ini?
Berbalik kepada pesolana tajuk- mampukah MALAYSIA MENAMPAN ERA GLOBALISASI KE ARAH SATU KUASA POLITIK SATU EKONOMI DAN SATU PEGANGAN SOSIAL?
Jawapannya bergantung kepada siapa yang memimpin MALAYSIA pada waktu itu!Ianya amat berkait rapat dengan dasar corporate social responsibility yang diterjemahkan dalam kepimpinan kerajaan yang ada. Corporate social responsibility di Malaysia pula amat berkait rapat dengan patriotisme sesebuah polical coalition.
Persoalan yang paling penting berapa patriotikkah politikus Pakatan Rakyat ? Hatta bila PR di benarkan berkuasa di Perak (dulu) dan Selangor, maka kereta nasional Proton digantikan dengan Camry. Saya tidak menyoal kebolehan kewangan negeri membeli kereta separa mewah(walaupun kita semua tahu Selangor di bawah PR telah menghabiskan 1.4 billion wang negeri yang dikutip di era BN)
Apa yang menjadi tanda soal besar mampukah PR, berdasarkan tindak tanduk sekarang, terus menjalankan amanat sosio-ekonomi negara iaitu menjalankan dasar perlindungan ke atas produk keluaran MALAYSIA dalam serangan AFTA ?
Menggunakan produk keluaran Malaysia bukan saja patriotik, tapi kesan yang lebih besar ialah ianya menjana ekonomi huluan dan hiliran Industri Kecil Dan Sederhana (SME) Industri inilah yang memberi makan kepada jutaan rakyat Malaysia dan menjayakan Dasar Pembangunan Negara ( yang mengganti DEB)
Sesunguhnya saya melihat bahawa ancaman globalisasi telah berada di muka pintu. Malang sekali politikus Malaysia terutamanya dari PR terus lena dibuai demam politicking tak sudah. Malaysia sudah tak mampu menampan serangan secara sosial dengan bertambahnya generasi X, Y dan terkini Z bergantung kepada internet sebagai sumber maklumat , berfikiran dan mengagungkan budaya luar yang berpaksikan barat.
Adakah kubu terakhir negara dari segi ekonomi dan politik juga akan tumbang dengan tumbangnya satu pemerintahan yang telah teruji selama ini berbakti kepada rakyat Malaysia selama 52 tahun kita merdeka iaitu pemerintahan BN?
Saya amat berharap agar rakyat Malaysia sedar bahawa kerajaan BN , walaupun masih ada kekurangannya , masih pilihan rakyat Malaysia yang terbaik. Oleh itu saya menyeru kepada rakyat semua untuk terus memberi sokongan kepada BN di masa kritikal ini.
Impak ke atas penolakan BN amatlah besar. Fikirkan kilang-kilang yang ditutup kerana kontrak telah diberikan kepada negara jiran. Fikirkan pekerjaan di industri yang amat mementingan Profit margin seperti pembankan, telekomunikasi dan perkilangan / sektor pembuatan yang akan hilang kerana dasar menyerahkan kerja kerja back door kepada negara yang mempunyai kos buruh yang lebih rendah seperti India dan Vietnam.
Patriotisme bukan sahaja diluahkan dengan laungan, Jihad bukan sahaja setakat menjerit Allah Hu Akbar, tapi iktijad perjuangan hendaklah di realisasikan melalui setiap perbuatan dan polisi pemerintah. Kerajaan BN telah melakukannya sejak dahulu lagi iaitu mendahulukan kebajikan rakyat. Jangan musnahkan sistem baik yang mendemokrasikan pendidikan dan mengagihkan kekayaan negara sama rata selama ini. Teruskan sokongan anda kepada BN!
Shared via AddThis
Good writing. Keep it up.
ReplyDeleteKoalisi BN yang dah memberi dampak positif terhadap kemajuan negara Malaysia seharusnya disedari oleh semua pihak. Apa yang diperoleh oleh generasi hari ini hanya setelah 50 tahun merdeka tak lain tak bukan dampak dari kerajaan prihatin yang baik.
Ada kekurangan dalam BN bukanlah jawapan untuk kita merisikokan landasan pembangunan negara ini dengan tindakan popular dan membabi buta. Apa yang penting adalah kita bersama-sama baiki kelemahan yang ada, ubati apa yang sakit dengan cepat supaya kita boleh sambung bekerja dengan produktif.
Pada masa yang sama, kepimpinan kerajaan harus sedar dan tegas dalam usaha mempertahankan kualiti kepimpinan. Jangan hampakan harapan mereka yang terus menyokong dengan lagak tak sedar diri.
Kami doakan ketabahan dan kebijaksanaan pemimpin dalam usaha memperhebatkan ekonomi Malaysia.
Amin.
tq tuan Rizal, satu komentar yang bernas
ReplyDelete