Petikan dari komen White http://netlog.wordpress.com/2006/07/26/perang-armageddon-adalah-awal-huru-hara-akhir-zaman/
Kebangkitan Islam kali kedua diketuai seorang Syeikh dari Malaya (Malaysia)
Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya.
Beliau menyebutkan bahawa,“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Syeikh Malaya yang turun dari tanah Arab.”
Salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dahulu.
Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti.
Dikatakan lebih lanjut lagi bahawa sebelum raja baru ini muncul akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang bergaduh itu.Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.
(Catatan ABG-Komen Dr Chandra pada tahun 2006 merujuk kembali penabalan Bush kali kedua sebagai presiden Amerika Syarikat. Komen beliau mengenai situasi Islamophobia/ketakutan dunia terhadap Islam dan usaha melemahkan umat Islam masih relevan sehingga kini).
Selepas sah Presiden George Walker Bush mendapat mandat kali kedua, Dr. Chandra Muzaffar meramalkan pentadbirannya akan terus angkuh dengan kekuasaannya. Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia( Just) itu, berpendapat Washington akan terus membelakangkan United Nations, sama seperti apa yang telah dilakukannya semasa melanggar Iraq.Ia akan menggunakan kekuasaan ketenteraannya untuk mewujudkan apa yang disifatkan sebagai Empayar Global Pertama [ The First Global Empire]“Empat tahun akan datang ini akan lebih buruk daripada empat tahun sebelumnya!” kata Dr Chandra.Beliau melihat pengaruh Zionis kanan yang banyak menentukan dasar luar Amerika itu, sudahpun mendapat dukungan daripada satu lagi kumpulan yang berpengaruh besar iaitu Kristian konservatif, yang mempengaruhi kemenangan Bush kali ini.
*[Seperti yang disebut Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa ucapannya di persidangan OIC [Organisations of Islamic Conference] pada tahun 2003 di Putrajaya Malaysia…“ The Jews rule the world by proxy!”Ucapan ini yang dibuat tidak berapa lama sebelum persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, telah mendapat kecaman hebat oleh media Barat, terutamanya CNN, beliau dituduh anti-semitik.
Saya telah terbaca sebuah laman forum Islam berbahasa Inggeris yang menyokong keberanian & kelantangan suara Dr Mahathir, telah mengutarakan mungkinkah Islam itu akan gemilang dan dihidupkan di timur di sebelah Nusantara ini dalam waktu terdekat ini, seperti yang diisyaratkan hadis, tetapi peribadi Muhammad ben Abdullah, AlMahdi Al-Muntazar itu masih juga belum muncul, yang ada hanya- ben Muhammad iaitu, Dr Mahathir ?!…di manakah peribadi PENYELAMAT yang sangat ditakuti puak Zionis dan Kristian Konservatif itu?.Kebanyakan ulama di timur tengah dan Nusantara berplatformkan sufi (Sunnah) yakin dia sudah lahir….hanya tunggu dizahirkan sahaja..
Di sini saya petik secara ringkas interview wartawan Mingguan Malaysia -MM, Noor Azam Shairi dengan Dr Chandra Muzaffar yang disiarkan pada 7 November 2004]
(Catatan ABG-Untuk makluman, Dr. Chandra Muzaffar pernah jadi orang kanan Anwar Ibrahim semasa awal penubuhan PARTI KEADILAN, tetapi kini telah keluar dari perjuangan dan PARTI KEADILAN. PARTI KEADILAN adalah nama asal parti itu sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan sekarang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat).
*MM: Apakah faktor –faktor yang membawa kemenangan Bush?
Dr.Chandra: Ada dua faktor yang sama-sama dikaitkan dgn ketakutan. Pertama, takut berulangnya 9/11. Mereka merasakan perlunya kepada seorang pemimpin yang sudah teruji yang boleh melindungi keselamatan mereka.Ketakutan ini mengatasi kegelisahan mereka tentang penglibatan Amerika di Iraq.Kedua, mereka bimbangkan isu-isu moral dan kekeluargaan. Mahkamah pertama yang membenarkankan perkahwinan sejenis ialah di Massachusettes, tempat asal John Kerry..Isu inilah yang telah dieksploitasi oleh Bush di dalam kempennya.
MM: Siapakah golongan agama yang berperanan di sebalik kemenangan Bush?
Dr.Chandra: Golongan Kristian kanan atau konservatif sebenarnya semakin berpengaruh di US, sejak era pemerintahan Ronald Reagan lagi. Dalam dekad 80-an dan 90-an, mereka dapat meresapkan individu yang cenderung kepada pemikiran mereka di Kongres.Selain soal2 domestik, mereka juga punya agenda di peringkat antarabangsa. Tafsiran keagamaan mereka itu membawa kepada ajaran bahawa keutuhan dan keselamatan Israel adalah faktor yang sangat penting. Sekiranya Israel selamat, mengikut kitab-kitab mereka, agama Kristian akan berkembang.Penguasaan Israel terhadap Asia Barat adalah prasyarat untuk kemunculan kembali Jesus ke dunia dan selepas itu fahaman Kristian akan berkembang. Fahaman ini membantu Zionis kerana memang inilah yang mereka mahu – kuat , selamat dan dominan di tengah-tengah dunia Arab.Dalam tempoh 20 – 30 tahun ini hubungan golongan Zionis kanan ini dengan Kristian konservatif menjadi kukuh.
MM: Apakah bahayanya golongan Kristian Kanan ini?
Dr. Chandra: Mereka begitu anti-Islam. Dalam tempoh 3 tahun lalu kalau kita meneliti ucapan paderi-paderi seperti Pat Robertson, Franklin Graham dan Jerry Falwell, mereka selalu menyerang Islam, al Quran dan Rasulullah SAW. Mereka juga aktif dalam penyebaran Kristian konservatif. Selepas Iraq dikuasai US, mereka telah mendirikan enam gereja di Baghdad…tetapi setakat ini usaha mereka mengkristiankan penduduk Baghdad gagal.
Mereka juga menyebarkan fahaman Kristian sempit ke negara-negara Islam, bukan sebagai mubaligh, tetapi bertopengkan profession-profession lain.Selain dua golongan ini, jangan lupa pengaruh satu peratus kumpulan kaya-raya dalam masyarakat atasan Amerika Syarikat.
MM: Apakah yang dilakukan kumpulan ini dalam menentukan dasar luar Bush? Apa matlamat mereka?
Dr. Chandra: Kumpulan yang disifatkan sebagai neo-konservatif yang 100% Zionis, bergantung kepada kuasa ketenteraan US untuk menguasai dunia; belum pernah ada kuasa sebegitu hebat seperti ini yang muncul sepanjang sejarah manusia..Mereka mahu mendirikan empayar global pertama.Lihat Project for the American New Century http://www.newamericancentury.com.Bagi mereka langkah pertama ialah menyusun peta politik Asia Barat…ini ada hubungkaitnya dengan petrol dan Israel. Iraq mangsa pertama dan utama kerana Iraq sebelum ini sangat memusuhi Israel. Selain sumber petrolnya yang kaya, Iraq juga banyak sumber air berbanding Israel yang tiada sumber air. Selepas ini mereka mungkin akan menyerang Syria.
MM: Kenapa Syria? Apakah kepastian serangan ke atas Iran?
Dr. Chandra: Syria tidak begitu kuat. Alasan yang akan diberikan ialah negara Syria melindungi terrorist. Israel memang mahu Syria dihancurkan. Selepas itu mungkin Sudan…Iran sudahpun masuk dalam radar skrin Washington….**Dalam interview ini, soal2 Korea Utara, United Nations, dan isu-isu domestik US dibincangkan tetapi saya hanya memetik yang berkaitan dengan dunia Islam**Setiap empayar dalam sejarah pasti akan runtuh..lebih-lebih lagi jika ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keadilan dan kemanusiaan..Ia akan hancur, sudah sunnatullah.
PENGAKUAN ORANG-ORANG BARAT TERHADAP IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR
Agenda Yahudi kesembilan ix (untuk memusnahkan umat Islam), Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.
Sehubungan dengan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam London Times pada tahun 1968“ Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan agama itu akan (bangkit semula) dan merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Beliau bermaksud pemimpin yang bertaraf khalifah, bukan bertaraf Perdana Menteri atau Presiden yang hanya layak memimpin dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak memimpin dunia tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh negara Islam
Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,“ Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah , kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad baru” Muhammad baru yang dimaksudkan tidak lain ialah Imam Mahdi Al Muntazar, dan bayangan jemaahnya kerana Imam Mahdi itu dilahirkan dengan nama Muhammad bin Abdullah sama dengan nama Rasulullah SAW.
Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini..dan ketakutan mereka ini tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah umat Kristian dan Yahudi jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga..menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, (mereka mengkaji hadis-hadis dan mempercayainya sehingga sekecil2nya serta muslihat /clue hadis2 tersebut dan bertindak untuk menghalang kebangkitan Imam Mahdi ini)..mereka tahu tempat keluarnya, ‘bila’ tanda -tanda keluarnya.Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis itu..Yang tidak percaya sibuk memperkecilkan golongan yang percaya, manakala yang percaya sibuk mempertahankan diri dari dicemuh yang tidak percaya.Titik pertemuan tidak juga diperolehi. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Dalam satu novel karangan A.J Quinell, bertajuk The Mahdi..Di dalam novel ini disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa2 besar Barat.Mereka akan bergabung tenaga fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk didikuti oleh seluruh umat Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di tanah suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa besar Barat.Idea novel ini juga berpandukan hadis2 Nabi Muhammad SAW.Umat Yahudi mazhab Ortodoks percaya akan lahir Penyelamat akan lahir di kalangan mereka, dengan segala keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke tanah tumpah asal mereka iaitu Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mahdi mereka dipanggil Messiah/Mosaikh.
Bandingkan kembali ramalan Nostrademus dan Ramalan anak murid wali songo yang didapati melalui ilmu kasyaf.
1.From the three water signs (seas) will be born a man
Who will celebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign, and power will grow
On land and sea, bringing trouble to the East
2.One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past
Then will come to the Romans through Babel (Iraq)
3.This King will enter Europe wearing a blue turban,
He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again
He will be the terror of mankind
Never more horror
MICHEL DE NOSTRADAMUS
Catatan ABG
Oleh itu, keadaan huru hara yang dialami oleh umat Islam pada hari ini bukan secara kebetulan, Ianya telah diramal oleh peramal Barat dan juga para wali yang diberikan kasyaf oleh Allah. Keadaan huru hara ini telah dirancang ( chereograph ed) dengan baik sekali berdasarkan beberapa isu yang meletus di Malaysia selepas PRU12.
Sebagai umat Islam kita perlu bersatu untuk mengekalkan kuasa politik kita. Bersatulah semoga umat Islam berjaya mencapai zaman keemasan Islam kedua!
Baca kembali dengan teliti ucapan Tun Dr Mahathir dan Dr Chandra Muzaffar.
Semoga kita terus diberikan petunjuk dah hidayah oleh Allah untuk menentang musuh musuh Islam. Kejadian memindahkan kuil ke seksyen 23 di Selangor, Pusat Konvensyen Kristian terbesar di Asia di Bukit Jalil, ladang babi mega di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bukanlah secara kebetulan. Ada satu perancangan halus untuk melemahkan, meminggirkan dan memurtadkan umat Islam oleh musuh Islam (rujuk kembali wawancara Dr Chandra Muzaffar dan persamaan keadaan yang dialami sekarang di negeri Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berbanding keadaan di Baghdad, Iraq setelah ditawan Amerika Syarikat!)
Kekalkan Malaysia Merdeka-edisi khas merdeka. Aku menulis kerana benar, aku tawakkal menyerahkan keselamatan diriku dan akidahku di tangan mu Ya Rabbi, semoga keselamatanku dan keselamatan akidah umat Islam di seluruh dunia senantiasa terpelihara. Amen.
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras