latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Kongsi Ilmu
▼
Saturday, September 19, 2009
Eid-ul-Fitr yang amat bermakna
kemanisan ibadah dapat dirasa setelah selesai satu ujian
Eid-ul-Fitr kali ini amat bermakna buat ABG.
Pada tahun ini sebenarnya, ABG telah kehilangan segala galanya. ABG sentiasa menyerahkan segala urusan hidup kepada Allah. Hatta, bila ABG telah berikhtiar sedaya upaya, menjalankan tugas dengan jujur, cekap dan amanah di organisasi lama sehingga usaha tersebut dicalonkan untuk anugerah innovatif di peringkat agensi, ABG bersyukur.
Pun ada mata mata yang memandang ABG sebagai threat dan usaha menyingkirkan ABG bermula. Hatta bila mendapat berita bahawa kontrak ABG tidak disambung, ABG tidak menangis, apatah lagi ke sana sini mengadu hal kepada insan. ABG sedari dulu telah menyerahkan segala urusan kepada Allah dan ABG yakin tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa malang itu.
Pada hari terakhir, ABG telah berjumpa dengan TKSU Kementerian berkenaan dan inilah kata kata yang diucapkan oleh beliau kepada ABG
" To me you have worked for Allah, jadi no regrets dear. Look forward , Allah is there waiting to reward, (Allah) the One, who will never dissappoint us. Never hope nothing from humans. Allah Ya Rahman, Ya Rahim, in Allah we trust.Keep in touch my dear"
ABG mengambil masa selama 2 minggu selepas itu untuk menunaikan umrah, mendekatkan diri dengan Allah dan menziarahi Makkah Mukaramah. Terasa kerdil diri ini bila menatap kaabah dan mengenangkan sejarah perjuangan Nabi Muhammad menegakkan syiar Islam dan cubaan yang baginda hadapi. Begitu jua di Makam Ibrahim, ABG terkenangkan sejarah pejuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan doanya memohon keberkatan ke atas bumi Makkah yang gersang dan agar perlindungan, kesejahteraan dan kasih sayang sebahagian manusia ditumpahkan ke atas keturunannya yang ditempatkan di bumi Makkah tersebut.
Panggilan telefon dan sms tak henti henti walaupun ABG di luar negara. Sekembali ABG di Malaysia jua ABG menerima sms takziah dari sahabat dan ahli komuniti perniagaan di mana ABG menjalankan tugas. ABG telah bertakwa dan menyerahkan segala-gala urusan kepada Allah. Maka jika dugaan yang Allah berikan ABG redha.Malah mesej terakhir ABG kepada anak buah dan kawan kawan ialah "Aku telah membuat kerja ini sebagai ibadah, maka jika aku gugur di tengah jalan, aku redha. Cuma 2 perkara yang aku wariskan kepada anak anak buahku, buatlah kerja dengan penuh ikhlas, jujur dan berpeganglah kepada prinsip dan tali Allah"
Banyak kawan , saudara mara malah komuniti perniagaan yang ABG tolong dahulu tampil memberikan bantuan. Alhamdulillah dengan izin Allah, interview banyak dan bertali arus. ABG hanya berdoa jika diberikan rezeki yang baru, biarlah ditempat yang ABG boleh menunaikan solat sebagai seorang Islam dan juga boleh berkhidmat kepada masyarakat sebagai satu ibadah.
Masa yang terluang ABG manfaatkan untuk berkhidmat kepada masyarakat. ABG tubuhkan blog ini disaat hidup ABG dilanda badai. Tapi bagi ABG, memberi adalah lebih baik dari menerima. Mana dapat dirasakan kemanisan hasil ibadah jika kita tidak diuji. Buah ibadah yang manis hanya dapat dirasai jika kita sudah di tahap ihsan, dan menghilangkan nafsu amarrah. Ujian juga satu cara Allah untuk memantapkan iman hambaNya.
Alhamdulillah, sebelum 23 Ramadhan berlalu, pada hari Jumaat penghulu segala hari, ABG menerima panggilan gembira.
ABG sujud syukur kerana Allah telah menggantikan rezeki yang hilang dengan rezeki yang lebih baik.
Eid-ul-Fitr kali ini lebih bermakna buat ABG. Sekali lagi, ABG mohon ampun dan maaf jika ABG telah menyinggung sesiapa selama ini.
Salam dari hamba Allah yang dhaif ini.
Selamat EidulFitri dan maaf dzahir bathin. Semoga ABG sekeluarga sihat dan sentiasa berada dalam pe
ReplyDeleteliharaan Allah.
Sudah lumrah dalam perniagaan ada pasang surutnya. Tatakala senang perlu ingat Allah dan tatkala susah juga mesti ingat Allah.
Kami keluarga yang berniaga juga, jadi kami faham tentang nasib turun naik.
Kami tidak banyak komplen tetapi kadang-kadang sedih juga kerana adakalanya kesusahan kami mencari rezeki bukan dihalang oleh bangsa lain tetapi bangsa sendiri.
Kami juga kerap terkedu kerana sebarang kontrak yang cuba kami dapatkan kerap dikaitkan dengan parti politik. Kalau dulu UMNO/BN pegang mereka cap kami parti pembangkang (PKR). Entah kenapa? agaknya kerana kami tak hulur-hulur. Kami berniaga, kami bukan senang nak hulur sana sini. Perniagaan ada transaksi. Sekarang Pakatan pegang, kami pula dicap sebagai parti UMNO. Entah kenapa? agaknya kerana kami lebih bersikap terbuka, jujur dalam perniagaan dan berterus terang dalam urus niaga. Susahnya jadi Melayu di bumi Melayu!. Tetapi kami tetap sayangkan negara ini. Kami pernah bekerja dan melawat banyak negara, namun Malaysia tetap di hati.
Semoga ABG akan diberi keberkatan dan kami doakan agar dimurahkan rezeki, panjang umur dan bahagia selalu.
Terima kaseh Anon
ReplyDeleteSentiasa bertawakkal kepada Allah, rezeki yang hilang di jalan Allah adalah rezeki investment untuk akhirat, dan kita redha kerananya
Semoga kehilangan rezeki Anon diganti dengan rezeki yang lebih baik, melimpah ruah dan jauh dari mudharat dunia dan akhirat. Ameen