Kongsi Ilmu

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan


Istana Al Hambra, Sepanyol. Empayar Islam Andalusia hancur kerana permusuhan sesama Umat Islam dan bersekongkol dengan musuh Islam-satu pengajaran dan peringatan buat umat Islam di Malaysia.


Ramadhan datang lagi menjenguk ummat Muhammad, iaitu ummat akhir zaman.


Menurut baginda Rasulullah, ummatnya yang terkemudian ini imannya senipis kulit bawang. Subuhnya Islam, petangnya munafik dan malamnya kembali Islam. Oleh itu jauhilah sifat dengki, iri hati, mencerca sesama ummat Islam, kafir mengkafir antara satu sama lain. Sesungguhnya urusan iman, Islamnya seseorang dan hak seorang insan masuk ke syurga adalah milik Allah jua.


Penulis telah membentangkan secara ringkas ciri ciri orang munafik dalam penulisan yang lepas. Kali ini penulis bentangkan cara mengenal ciri ciri orang yang memegang fahaman wahabi, yang mana penulis ambil dari blog rakan penulis di blog Tahu, Faham dan Amal di bawah tajuk Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi atau di url ini
Harapan penulis, dengan pengenalan kepada ciri ciri wahhabi ini, kita sesama umat Islam dapat bersatu kembali, demi keutuhan ugama Islam di bumi bertuah ini. Antara ciri - ciri orang wahabi ialah suka memecah belahkan umat Islam dengan fatwanya, menuduh orang lain kafir atau bidaah jika tidak sefahaman dengannya, menghukum tawassul haram dan anti orang yang mengamalkan ilmu tasawuf .


Selain itu bersempena awal Ramadhan penulis mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari semua orang jika ada terkasar bahasa atau tersalah faham antara kita. Penulis bukanlah seorang yang suka bertekak memanjang, jika sudah berhujah dan memberikan pendapat terserahlah kepada pembaca atau chatters untuk menerima hujah tersebut atau tidak. Hatta bertekak berpanjangan bukanlah sifat yang ingin disimpan oleh penulis kerana ianya juga salah satu ciri ciri munafik- bila berhujah sanggup bertegang urat untuk mempertahankan pendapat walaupun ianya terbukti salah.


Marilah kita sama sama merebut peluang keemasan yang diberikan oleh Allah untuk beramal sebanyak mungkin ( quantity) dan sebaik (quality) yang mungkin dalam bulan yang mulia ini.


Penulis juga akan mengurangkan aktiviti chatting, maklumlah penulis nak kurangkan risiko misperception/ tersalah anggap, sebab kalau dah ada chatters yang terasa, penulis pula bukanlah seorang yang pandai untuk bermatian matian bertegang urat dan bertekak.

Itulah sebabnya ada kala penulis menjauhkan diri secara sementara bagi cool off keadaan yang tegang . Ini juga satu method yang penulis belajar semasa marketing bagi sebuah bank iaitu menjauhkan diri buat sementara waktu dari keadaan tegang untuk kekalkan keharmonian hubungan insan (temporary physical separation from abusive environment).


Memang benar syaitan itu dirantai dalam bulan Ramadhan, tapi ingatlah wahai saudaraku, nafsu manusia tetap ada, apatah lagi bagi kita yang masih dalam peringkat nafsu amarrah dan belum habis membuang sifat sifat mazmumah.


Salam Ramadhan, ikhlas dari anakbukitgantang.





2 comments:

  1. SALAM

    SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

    SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

    SALAM SEJAHTERA

    ReplyDelete
  2. sila silakan kita bermaafan sesama insan- aya juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika terkasar, terkhilaf dsbnya.

    Ramadhan datang setahun sekali, jadikan ianya bermakna utk kita semua

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras