Artikel menarek mengenai pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah Negeri Perak yang ditentukan oleh Dewan Negara (Perak) dipetik dari blog SEMBANGKUALA . Baca seterusnya di sini :-
Untuk melihat dengan jelas proses pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan, adalah baik jika kita mengambil contoh akan pemilihan dan perlantikan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah bermula dengan gelaran Raja Kechil Bongsu dan kemudiannya gelaran-gelaran yang lain sehingga Baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1984.
Perlantikan Y.A.M Raja Azlan Shah sebagai Raja Kecil Bongsu (1962)
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang Raja Pemerintah semasa pemerintahannya melantik anakanda Baginda untuk mengisi tempat atau gelaran yang kosong yang terdapat dalam hirarki Kesultanan yang dinyatakan di Bahagian I: Sistem Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan. Oleh itu, mengikut peruntukan yang terkandung dalam Fasal XXXVII yang di nyatakan di atas, D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Yusuff Izzuddin Shah sebagai Raja Pemerintah pada masa itu, melantik anakanda Baginda, Y.A.M. Raja Azlan Shah, sebagai Raja Kechil Bongsu pada 19 Ogos 1962, bagi mengisi kekosongan disebabkan kemangkatan D.Y.A.M. Raja DiHilir Kamaralzaman pada 19 Juali 1962. Semasa perlantikan ini, Y.A.M. Raja Azlan Shah sedang berkhidmat di Jabatan Perundangan dan memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Dengan perlantikannya sebagai Raja Kechil Bongsu, Y.A.M. Raja Azlan Shah telah diletakkan kedalam hirarki sistem Pemerintahan Negeri Perak Darul Ridzuan. Susunan hirarki pada ketika itu adalah seperti berikut:
Perlantikan Y.A.M Raja Azlan Shah sebagai Raja Kecil Tengah (1963)
Ditakdirkan Ilahi, D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Yusuff Izzuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil mangkat pada 4 Januari 1963. Dengan kemangkatan Baginda itu, maka susunan didalam hirarki pemerintahan negeri Perak telah berubah dengan kenaikkan penyandang-penyandang gelaran-gelaran yang di bawah seperti D.Y.T.M. Raja Muda Idris Shah diisytiharkan sebagai Raja Pemerintah yang baharu, dan begitu juga bagi gelaran-gelaran di bawahnya. Y.A.M. Raja Azlan Shah telah di naikkan ke tempat Raja Kechil Tengah pada 1 Febuari 1963. Pada tahun yang sama, dalam jawatannya Y.A.M. Raja Azlan Shah di naikkan ke jawatan sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Ekoran kemangkatan Al-Marhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah, kekosongan pada gelaran Raja Kecil Bongsu telah diisi oleh anakanda Paduka Seri Sultan Idris Shah iaitu Raja Izzudin Iskandar. Dengan itu, kedudukan dalam hirarki pemerintahan yang baru adalah seperti adalah berikut :
Perlantikan Y.A.M Raja Azlan Shah sebagai Raja Kecil Sulung (1977)
Pada 24 Mei 1977, Y.A.M Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman iaitu Raja Kechil Besar pada ketika itu telah mangkat. Berikutan dengan kemangkatan ini, penyandang-penyandang gelaran-gelaran yang di bawahnya telah di naikkan ke atas. Pada 1 Januari 1978, Y.A.M. Raja Ahmad Hisham telah di naikkan gelarannya dari Raja Kechil Sulung ke Raja Kecil Besar manakala Y.A.M. Raja Azlan Shah dinaikkan ke gelaran Raja Kechil Sulung. Susunan hirarki ekoran kemangkatan Raja Lope Nor Rashid adalah seperti adalah berikut:
Perlantikan Y.A.M Raja Azlan Shah sebagai Raja Kecil Besar (1978)
Lebih kurang setahun selepas kemangkatan Y.A.M. Raja Lope Nor Rashid iaitu pada 9 Jun 1978, kekanda kepada Y.A.M. Raja Azlan Shah iaitu D.Y.A.M. Raja Ekram, Raja DiHilir telah mangkat. Dengan kemangkatan ini, Y.A.M. Raja Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik telah dinaikkan sebagai Raja DiHilir, dan Y.A.M. Raja Azlan Shah pula dinaikkan ke gelaran Raja Kecil Besar pada 1 Ogos 1978. Pada masa yang sama, diperlihatkan bahawa D.Y.M.M Sultan Idris Shah telah melantik adinda baginda iaitu Y.A.M. Raja Ahmed Sifuddin sebagai Raja Kecil Sulung. Susunan hirarki pada ketika itu adalah seperti berikut:
Di samping kenaikannya dalam hirarki Kesultanan Negeri Perak itu, Y.A.M. Raja Azlan Shah juga telah di naikkan ke jawatan sebagai Hakim Besar Malaysia pada 6 Mac 1979. Kecemerlangan Y.A.M. Raja Azlan Shah di dalam Perkhidmatan Kehakiman telah membawanya mencapai kemuncak kejayaan di bidang ini dengan perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara pada 7 November 1982.
Perlantikan Y.A.M Raja Azlan Shah sebagai Raja Muda (1983)
Pada 12 Mei 1983, D.Y.T.M. Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Aziz telah mangkat di Kota London. Berikutan dengan kemangkatan ini, pengisytiharan telah dibuat oleh Setiausaha Dewan Negara bahawa Y.A.M. Raja Azlan Shah telah dilantik sebagai Raja Muda, berkuatkuasa mulai 1 Julai 1983. Y.A.M. Raja Ahmad Hisham, Raja DiHilir Perak pada masa itu, dikekalkan kedudukannya sebagai Raja DiHilir atas faktor kesihatan yang tidak membolehkan Baginda menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Raja Muda. Berikutan dengan perlantikannya sebagai Raja Muda, D.Y.T.M. Raja Azlan Shah seterusnya meletak jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara (Lord President). Perubahan pada susunan hirarki boleh diperlihat seperti di bawah:
D.Y.T.M Raja Azlan Shah menaiki takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan (1984)
Tatkala seluruh negeri Perak masih meratapi pemergian Al-Marhum Raja Muda Musa yang mangkat pada bulan Mei 1983, rakyat dinegeri ini dikejutkan sekali lagi dengan kemangkatan mengejut D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Idris Shah pada 1 Februari 1984. Baginda mangkat akibat serangan sakit jantung di Lumut Perak. Apabila seseorang Sultan atau Raja Pemerintah mangkat, maka pemilihan hendaklah dilakukan oleh Dewan Negara daripada waris-waris negeri yang layak untuk menggantikan Raja Pemerintah yang telah mangkat itu. Pengisian ke tempat Raja Pemerintah yang kosong itu tidaklah secara automatik. Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2) seperti di bawah:
“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang, maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik, dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.
(2) Manakala berlaku kemangkatan yang demikian itu dan jikalau kita atau mana-mana daripada ganti-ganti kita melucutkan milik-milik Raja, hak-hak, kuasa-kuasa dan kebebasan-kebebasan bagi Raja, Raja Pemerintah itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara seperti yang disyaratkan di bawah ini, dan hendaklah apabila dilantik dinyatakan seperti itu mengangkat dan menanda tangani apa-apa sumpah yang harus ditetapkan oleh Dewan Negara itu dari satu masa ke satu masa dengan syarat bahawa sumpah yang demikian itu hendaklah mengandungi perkataan-perkataan yang akan mengikat perasaan Raja Pemerintah itu dan kemudian daripada itu Raja Pemerintah itu hendaklah ditabalkan mengikut adat Melayu.
Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu, hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini, yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”
Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin. Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut :
Dengan syarat bahawa bila pekerjaan Dewan Negara itu berkenaan dengan lantikan atau pemberhentian seorang Raja Pemerintah atau lantikan seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, atau lain-lain pekerjaan yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah itu, atau apa-apa pekerjaan lain yang pada mesyuaratnya disifatkan berfaedah yang Raja Pemerintah itu tidak bercampur, maka hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan memanggil Dewan Negara itu bermesyuarat dengan syarat bahawa Dewan Negara itu hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.
Pada masa kemangkatan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Idris Shah, Bakal-Bakal Sultan pada masa itu adalah D.Y.T.M Raja Azlan Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin dan D.Y.A.M. Raha Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik. Didalam mesyuarat Dewan Negara untuk memilih pengganti Sultan yang baharu itu, Bakal-bakal Raja mahupun Raja-raja Bergelar tidaklah dijemput hadir dalam mesyuarat tergempar itu.Dalam mesyuarat yang telah di adakan pada 1 Februari 1984, Dewan Negara telah memilih dan melantik D.Y.T.M Raja Azlan Shah iaitu Raja Muda pada masa itu, sebagai Raja Pemerintah yang baharu. Perlu di nyatakan lagi di sini bahawa lain-lain pihak tidak terlibat dalam proses pemilihan seseorang Raja Pemerintah Negeri Perak, mahupun pihak Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu ataupun pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Selepas pemasyhuran D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan sebagai Sultan Perak yang ke-34, kedudukan dalam hirarki pemerintahan juga telah berubah yang memperlihatkan tiga waris negeri yang baru iaitu Y.A.M. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah, Y.M. Raja Jaafar ibni Raja Muda Musa dan Y.A.M Raja Iskandar Zulkarnain ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah:
Kini, D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan selama 29 tahun. Baginda telah menyambut perayaan Jubli Perak, iaitu 25 tahun Pemerintahan Baginda pada 02 Februari 2009.
Kami berharap dengan butir-butir yang dinyatakan di atas serta artikel-artikel terdahulu, maka ianya akan dapat memberi keterangan yang jelas tentang sistem Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan, lebih-lebih lagi mengenai proses pemilihan dan perlantikan seorang Raja Pemerintah di Negeri Perak.
SUMBER
SEMBANGKUALA-SISTEM KESULTANAN NEGERI PERAK DARUL REDZUAN BAHAGIAN 111
SUMBER
SEMBANGKUALA-SISTEM KESULTANAN NEGERI PERAK DARUL REDZUAN BAHAGIAN 111
Satu rencana yang sangat informative. Tetapi saya ingin tahu bagaimana YTM Raja Nazrin Shah dapat naik terus ke Raja Kecil Besar. Juga apa kedudukan Raja Baharom Shah, kanda pada Sultan Azlan Shah.
ReplyDeleteKesian juga jika dilihat kedudukan hairaki gelaran yang kami rakyat perak rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam hairaki gelaran , soalan mudah jika dilihat dalam carta jelas sekali ada sifat pacung memancung dalam soal perlantikan raja bergelar. Dimana Raja Nazrin sekarang sebagai raja Muda harus berada di bawah Raja Izuddin dan Raja Iskandar Zulakrnain tetapi ya lahhh macam tak kena dengan kedudukan tersebut. Apa akan jadi jika ditakdirkan Sultan Azlan mangkat ? Adakah Raja Muda sekarng bersedia turun tahta dan kekal dengan gelaran tersebut di Dewan melantik seorang Raja Perak yang baru? Saqmada Raja Izudin atau Raja Iskandar Zulkarnain. Satu lagi apa yang kami faham adalah perlantikan raja bergelar bnagi Negeri Perak adalh mengikut susunan 3 keluarga Raja. Harap penjelasan
ReplyDeletepaling kasihan adalah bagi pewaris al-marhum Sultan Idris dimana semua keturunan almarhum telah "dipancung kerat hancur lebur terus"! hasil konspirasi demi tamak haloba dunia maka kezaliman dan penindasan diwajarkan dgn penuh tipu muslihat...semoga Allah menjaga hak2 waris almarhum..amin. -Tengku Marhaen
ReplyDeletebiasa la tu...dlm mana mana sistem pun, mesti ada gerakan pancung memancung,cantas mencantas...masing masing nak mengutamakan kaum keluarga sendiri....so, no hal what???
ReplyDeleteIni yang tak boleh dibenarkan. Kalau kita selalu kata 'biasalah tu' bermakna kita membenarkan hal itu.
ReplyDeletePerkara yang mencarik Adat wajar dibetulkan
ReplyDeletePerkara yg tak diketahui umum Takhta Perak dikongsi 3 jalur keturunan iaitu antara waris Melaka Lama, Siak dan Bugis
Kini sejak tahun 1874 dan beberapa cantas mencantars ke atas waris Sultan Ali dll , takhta Perak dimonopoli oleh waris Siak-Bugis sahaja
Seeloknya ia diperbetulkan dan yang hak diberikan hak dan yang bathil diperbetulkan.....
assalamualaikum
ReplyDeletettg kedudukan YTM Raja nazrin, ketika baginda terus menjawat jwtn raja kecil besar adalah krn kedudukan ayahnadanya sbg sultan ketika itu. Sbg Sultan, anaknya diberi priorti utk menjawat gelar raja kecil yg kekosongan terbawah dan ketika itu, yg terbawah ialah Raja kecil besar.
ttg YM raja izuddin, baginda pernah di freeze sejak di zaman ayahandanya lagi. anda boleh lihat, Marhum Idris telah meletak adindanya Raja Ahmad Sifuddin secara tiba2..krn kesalahan yg hanya mereka yg maklum..
Jouhar
Terima kaseh Jouhar atas pandangan tersebut.
ReplyDeleteSalamm..nak ikutkan semua org ada buat kesilapan...sama ada kita sedar ataupun tidak...manusia mana yang sempurna sifat-sifatnya...sbb allah swt menjadikan sifat-sifat berlawanan kalau tak tidak wujudlah asma al husna....setiap hari manusia membuat kesilapan serta membuat dosa...tapi siapakah kita ini untuk menghukum makhluk sesama kita...sedangkan satu hari nanti kita pun akan dihukum juga..sbb itu allah swt menjadikan peristiwa israq dan mikraj...ingatlah walau kita setinggi mana pun pangkat kita..semulia mana pun orang menyembah kita..sekaya mana pun kita sehebat mana pun kita..tetapi setiap kali mereka ini akan melakukan perbuatan yang sama seperti kita jugak...dan manakala jika kita mati pun kain putih jugak balutan kita...melainkan minah mati aja ...p.ramlee nak kapankan pakai kain songket...ingatlah akan tetapi tetap malaikatul yang sama menyoal di dalam kubur...terus terang saya katakan..disini RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.dan dimanakah letaknya daulat itu....dan dimanakah letaknya yang maha mulia...itu bukan taraf kita untuk memakainya dengan nama panggilan itu hanya allah swt saja yang berhak...sbb itu jika kita menghormati seseorang itu jangan lebih tunduk daripada kita ruquk didalam sembahyang...RAJA-RAJA pun manusia biasa jugak makhluk ciptaan allah swt jugak..sama aja tarafnya esok kalau di padang mahsyar pun....bukan naik tandu pun...masa tu bukan ada pembesar-pembesar istana nak temankan...semua sibuk dengan hal masing-masing...tengah tunggu giliran untuk diadili...manusia ini mana ada daulatnya...sedangkan nabi kita muhammad saw pun berdarah merah...inikan pula mahsuri berdarah putih mana maunye...cuma kita boleh menghormati mereka ini sbb sebagai ketua agama dan ketua negara...terus terang kita katakan...raja-raja kita ni sejak dari zaman dahulu lagi tak berfikir panjang ...ingat di atas dunia ni semua hak mereka ke ...semua nak sapu sekeliling...segala harta benda...hak rakyat...dan juga wanita-wanita..tak kira anak org ke..isteri orang ke..tunang org ke...bukan nak kabo pulak dulu tok nek saya pun raja jugak...sampai sanggup masuk kristian kerana nak kan perempuan belanda...mujurlah almarhum sultan zainal abidin selamatkannya sbb anak dia...lalu di islamkan balik...dan anak dia lari bawak dirinya ke...teluk dalam...dan dia bersumpah selagi ada keturunan dia..dia tak mahu gunakan nama raja...sbb katanya manusia semua sama...dan akhirnya dia menjadI ahli sufi...dan mangkat di teluk dalam......pada tahun 1935 tak silap saya...dan istananya di p.pelanduk pun di tinggalkan...oleh keluarga kami pada tahun 1949....kerana roboh di serang oleh askar jepun...dan larilah kami ke tanah besar...dan mulakan hidup baru...hingga kini...syukur kepada allah swt...
ReplyDeleteSalam mullah qadammullah. ..bagi pendapat kita..manusia ini semua sama..kita ini anak cucu cicit adam dan hawa...kita inI dijadikan oleh adam dan hawa dgn 22 keturunan manusia..kita ni manusia biasa aja...makhluk ciptaan allah swt tak lebih dari itu aja...walau setinggi mana darjat kita sekali pun...sekuat mana kita sekali pun..sekaya mana kita sekali pun...bila mati kita tinggal semua tu tak bawak masuk kubur...yang kita bawak kain putih yang tak berjahit tepi...siapakah kita untuk menghukum orang..sedangkan kita esok pun akan dihukum jugak...kita ni manusia biasa tidak ada mukjizat melainkan nabi kita muhammad saw.. jadi siapakah kita...melainkan p.ramlee aja kata minah mati kena pakai kain songket nak kafankannya...bagi kita raja adil raja di sembah raja zalim raja disanggah..dan kita ni manusia biasa mana ada daulatnya...mana ada maha mulianya..berdosa kita jika kita mengagong agongkan seseorang itu...sbb ada batasnya..melainkan allah swt saja yang kita boleh menyebut nya sebagai yang maha mulia...dan di manakah letaknya daulat seseorang itu...tidak ada daulatnya...kita ini sebenarnya..hamba allah...kita ini diciptakannya...kita boleh menghormati seseorang itu ada batasnya..bukan menyembah nya...jangan lebih dari kita ruquk dalam sembahyang utk meyembah seseorang itu....berdosa kita...itulah yang kitakan 99 nama allah as ma alhusna...sifat berlawanan...tentang kejadian ciptaanya serya qursynya...hanya dia maha agong..walau kita macam mana pun bila mati esok malaikatul yang sama menyoalnya...dan soalanya tak berubah-rubah dan tak ada kalau tak boleh jawab boleh rasuahnya atau nak tunjuk kuasa kita pada malaikatul itu...sebasar mana darjat kita sebesar mana pangkat dan laungan orang kepada kita..bila di padang mahsyar nanti kita seseorang aja..org lain semua sibuk nak besiap untuk di adili..tak ada orang kanan ke orang kirI ke..menteri-menteri ke tak adanya...semua kita ni ketor....takut...sbb tu kita tak boleh bongkak..kalau bukan haq kita pulangkanlah pada yang empunya yang berhaq....itukan lebih bermakna...kita tak bangga pun arwah tok nek kita sultan zainal abidin. .tak ada apa nak dibanggakan..dan sbb tulah tok kita berpesan tak payahlah letak pangkat atau gelaran tak ada maknaya..sbb darah kita semua merah...tak ada sorang pun berdarah putih..kita ini manusia biasa kita tak ada haq menandingi mukjizat nabi kita...mahsuri tu pun darah merah. Kebanyakan dunia nak akhir zaman ni kan...sejarah tidak pernah menipu kita akan tetapi kitalah yang menipu sejarah dan memutar belitkan sejarah...ingatlah...kita ni manusia biasa..tak ada kehebatanya...cuma kun kata allah fayakun kata muhammad ...jika diizankan maka jadi..jadilah ia dengan keizinannya...itu aja teman nak kabo yob..tak ada hebat mana pun kita ni...manusia..nak berebut naik takhta..kata orang nun tak betui orang nin tak betuii..sedangkan kita sendirI pun tak betui...itu semua adat aja...macam orang n9 cakap biar mati anak jgn mati adat. Abih kalau anak dah mati sapa nak teruskan adat...fikir-fikirkanlah. Tak ada gunanya kita ni nak takut sesama makhluk manusia..walau tinggI mana darjat dia kaye mane pun dia. Teman tak takut. Teman takut pada allah swt..makan nasi jugak kita semuanye pun bukan makan besi ke pepah batu ke ....jadi ape nak takutkan...
ReplyDelete