Tuesday, February 28, 2012

spying in the net...notice the tactics used

Malaysians are flooded with  comments should they started to leave bad comments about The Opposition.

This video tells us the tactics used by the State planted in The Middle East in 1948.

Eerily it is similar to  the tactics used by our opposition to run down people who oppose them

Saturday, February 25, 2012

Skandal Bayan Mutiara- Apa yang tak kena


Bayan Mutiara adalah tanah "sea frontage"-di bawah National Land Code tanah yang berhadapan dengan laut dilarang ditukartaraf kepada tanah berstatus freehold (tidak boleh dijual dan hak dipindahmilik kepada pemilikan individu atau syarikat persendirian)



Berikut adalah laporan Penilaian yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta Hendy Bucher (2011). Untuk makluman semua,  Bagi Tatacara Penguruan Perolehan /Tender, SEMUA urusan pemilaian harta yang terlibat dalam Tender (dalam kes ini State Land) ,  sepatutnya dibuat oleh Jabatan Penilaian di bawah Kementerian Kewangan.

Jadi apa yang tak kena dengan  "Tender Terbuka" Bayan Mutiara di sini? Yang jelas ianya  adalah Direct Negotiation dan TIDAK mengikut TATACARA PEROLEHAN TENDER bagi agensi Kerajaan boleh didapati dari portal Kementerian Kewangan atau sampel SOP yang sama digunapakai bagi agensi Kerajaan lain seperti di  Perolehan Bekalan (Tender) Kementerian Kerja Raya atau di procurement

Tambah lagi setelah di award Tender tersebut , pembayaran boleh dibuat secara ansuran. Dalam tatacara Tender, selalunya syarikat yang di award Tender perlu membayar 10 peratus atau RM 1,079,500 dari jumlah tender sebagai Bank Guarantee bukannya disuruh bayar secara ansuran!

Bayaran ansuran Bayan Mutiara menjangkau masa 5 tahun! Penerangan lanjut di bawah:

Dalam Pengumuman kepada Bursa Saham Kuala Lumpur ; announcements.bursamalaysia.com di muka surat 8,
Para 2.1.7 ..... RFP, Tender & negotiated...makna nya bukan Tender Terbuka yg lazim di gunapakai oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri.
Penang Development Corporation, sebuah  anak syarikat Kerajaan Negeri MESTI menggunapakai Tatacara Tender seperti yang dikeliarkan oleh Kementerian Kewangan!..

Para 2.1.8  di bawah Kaedah Pembayaran (Terms of Payment) dinyatakan ansuran bayaran  selama 5 tahun


Persoalan yang kita ingin LGE jawab ialah :

a) - Adakah RM 109 M telah dibayar setelah PDA di tandatangani? .
b) - Dalam dokumen tersebut tidak disebut pun pembayaran RM 500 Juta  utk Perumahan Rakyat spt yg dicanangkan oleh LGE.


Bagaimana timbul isu penyampaian mock cheque bagi Perumahan Rakyat berharga RM 500 juta tersebut???
Bayan Mutira aadalah tanah yang berhadapanan dengan pantai (Sea Frontage) DILARANG DIJUAL dan tukartaraf kepada Tanah serstatus Freehold dalam National Land Code.

Penerangan status Freehold adalah seperti di bawah

"In a press report, lawyer Agatha Foo pointed out a proviso in section 76 of the NLC, which Lim had overlooked in his reply to the state assembly. Foo noted that the proviso expressly prohibits the state from disposing of ‘any part of the foreshore or sea-bed for a period exceeding ninety-nine years’. The proviso had been inserted when section 76 was amended in Parliament in 1985. ‘Consequentially, the said proviso would also prohibit the state from re-alienating or converting any part of the reclaimed foreshore or sea-bed to freehold land. Any subsequent attempt by the state to re-alienate or convert any part of the foreshore or sea-bed to freehold, notwithstanding that the foreshore or sea-bed have now been reclaimed, would tantamount to a circumvention of the prohibition in section 76 and hence be ultra vires the NLC’".

When contacted, land commentator Prof Salleh Buang, who is currently a visiting professor at Universiti Teknologi Malaysia (UTM), said the NLC was very clear that the lease for state foreshore land cannot exceed 99 years. “The law says it very clearly. It is on record that you cannot make such land freehold,” he said. He stressed that the state should be careful to ensure public access remains in foreshore areas. “If you allow seafront to be freehold, what would happen to open public access to the area?”
 
 
Rancangan PDC tahun 2007 untuk menyiapkan rumah mampu milik di Bayan Mutiara, Pulau Pinang bukan di Batu Kawan Seberang Prai (tahun 2009)
 
Laporan Penang Development Corporation (PDC) tahun 2007  annualreport2007 telah merancang Bayan Mutiara sebagai Projek Perumahan Rakyat -Ini kerana status  tanah tidak boleh ditukar milik kepada pemilikan individu. Terkini Perumahan Rakyat yang berharga RM 500 juta di tukar ke Batu Kawan iaitu di tanah besar Seberang Perai. Maknanya LGE telah membuat KESALAHAN BESAR   iaitu menukarkan tanah State Land kepada Freehold untuk pemilikan individu, dan menjadikan projek perumahan rakyat yang asalnya untuk golongan rakyat termiskin kepada "Mixed development".

Merujuk para 2.1.3 announcements.bursamalaysia.com 

"residential and commercial properties ;high rise and low rise residential, shophouses, health care, office tower and leisure club"

Sudah  tentunya pusat resident  mewah dan pusat komersil ini yang hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya dan ras etnik tertentu.

Secara tak langsung cita cita peminpin besar Pulau Pinang itu telah tercapai untuk menyahkan Melayu dan orang Islam dari Pulau Pinang dan mendapat laba yang banyak melalui pindahmilik State Land kepada status tanah freehold-cukup untuk membiayai kempen DAP dalam PRU13!



Wednesday, February 22, 2012

Pilihanraya Negeri Kedah mendahului PRU?

Menteri Besar Kedah dijangka akan memohon perkenan daripada pihak Istana untuk membubar DUN Kedah bulan depan. Pembubaran DUN Kedah ini di sebabkan desakan daripada semua Wakil Rakyat PAS yang menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan negeri.
Phahrolrazi (gambar) antara yang terlibat dalam mendesak Azizan Razak selain daripada Dr. Ismail dan beberapa orang Wakil Rakyat PAS yang melakukan sedemikian. Menurut laporan dari Wisma Darulaman 4 Pejabat Exco Kerajaan Negeri Kedah telah di kosongkan pagi tadi.


Azizan Razak hari ini berhadapan satu lagi AZAB DUNIA daripada Allah SWT selaku PEMEGANG AMANAH RAKYAT, ini oleh kerana beliau telah berlaku ZALIM terhadap Ugamanya dan dasar perjuangan PAS seperti yang tertera dalam perlembagaan PAS pada Fasal 5 dan Fasal 6 . Rujuk blog   Padi Jantan untuk berita seterusnya.

Sumber
Padi Jantan









Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Yayasan Al Jenderami, Selangor

Bermula Khamis dari jam  7:00pm hingga Sabtu , February 25, 2012  di  Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE





Pengisian Majlis:


23hb Khamis - Tausiah Ulama' Jemputan, Perarakan Maulid.


24hb Jumaat - Tausiah Ulama' Jemputan, Hol Masyaikh Al-Jenderami.

25hb Sabtu - Tausiah Ulama' Jemputan, Himpunan Ulama' serta Badan2 Kerajaan & NGO2 Islam bertemakan ' Dakwah Masa Kini', Majlis Kemuncak Maulidurrasul Al-Kubro.



Antara Ulama-ulama yang hadir :


Syeikh Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al-Banjari (Mekah), Syeikh Ahmad Dabbagh (London), Habib Hassan Bin Muhamad Al-Attas (Singapura), Syeikh Afeefudin Al-Jailani (Iraq), Habib Abd Rahman Al-Habsyi (Jakarta), Habib Alwi Bin Muhammad Anis Al-Habsyi (Solo), Habib Soleh Bin Muhammad Al-Jufri Al-Attas (Solo), Ustas TM Fouzy Bin Jumat (Singapura), Baba Ahmad Mawi (Pattani) dan ramai lagi para Ulama' dari Alam Nusantara.



Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati http://www.aljenderami.com.my/



Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi keberkatan majlis.






Sila sebarkan jemputan ini pada sahabat lain.

Sunday, February 12, 2012

Ikhlaslah bila menegur


Bila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan akidah ugama berlaku janganlah melihat dari kacamata kepartian. Terkini heboh bila DS Najib meraikan Thaipusam di Batu Caves.
Sesuatu yang melanggar akidah ialah bilamana perbuatan itu MENYAMAI UPACARA KEUGAMAAN LAIN.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.


Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam

Meraikan orang bukan Islam atau menghadiri Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas (Pembaca diminta untuk meneliti dan membuat telahan sendiri ke atas gambar pertama dan ke empat  dari kiri beberapa ADUN Pakatan mengambil bahagian dalam upacara keugamaan dengan menundukkan kepala berbanding gambar pemakaian kalung bunga sebagai tanda DS Najib TETAMU DIRAIKAN  di gambar pertama kanan-yang mana langgar akidah?).



# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus (Rujuk pemakaian  Jubah Warna Jingga Khas Untuk Sami Buddha dalam kes seorang Menteri Besar dari Kelantan- gambar ketiga dari kiri berbanding pemakaian kalung bunga untuk menghormati dan meraikan  seorang PM di gambar ketiga kanan-yang mana langgar akidah?).

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.


Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM. Garispanduan di sini garis-panduan-orang-islam-merayakan-perayaan-agama-lain

Berikut pesanan Pesan rakan FB Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu diteliti. Nota tambahan saya dalam kurungan.
"Tak perlulah pendokong-pendokong mana mana  Parti menjustifikasi tindakan pemimpin masing-maseng.
Yang jelas... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Yang lebih penting semua wajar memainkan peranan agar mengelakkan daripada terjebak.
Seperti saya sebutkan sebelum ini, janganlah kerana keghairahan utk menagih undi (kaum kaffir)  kita tergamak melakukan perkara yang jelas bertentangan dgn prinsip agama. Badan-badan dakwah dan ilmuan agama juga berperanan melangkaui Parti. (Ilmu ugama perlulah disampaikan dengan ikhlas tanpa berpaksikan party politik-jika pemimpin party SALAH maka dia perlu ditegur)
Teguran mesti dilakukan secara adil kepada semua bukan hanya bersuara bila melibatkan pemimpin daripada  Parti yg bukan daripada kalangan yg didokongi. Tetapi bila pemimpin Parti yang didokong melakukannya seribu bahasa atau lebih buruk lagi mencari Hujah untuk menjustifikasikannya"

Akhir sekali saya tambah pesanan dari ustaz saya-bila kita mempelajari ilmu ugama maka semakin besar  tanggungjawab kita -kita perlu BERAMAL dengan ilmu tersebut dan menegur setiap kemungkaran. Dan setiap teguran kita perlu IKHLAS tanpa mengira kedudukan dan di Malaysia ini -party yang didokongi orang yang ditegur