Sesungguhnya masa rehat yang diberikan itu cukup untuk saya melihat pelbagai polemik dan isu melalui kacamata orang luar.
Sepanjang menunaikan umrah saya jejaki stesyen keretapi yang telah ditutup di Madinah di mana puluhan ribu tentera Turki Uthmaniyah dihantar mempertahankan bumi Hijaz dari puak Wahhabi. Ramai juga yang mati shahid menurut kawan saya yang berbangsa Turki. Juga saya dapat merasakan tekanan seorang Islam Ahlul Sunah Wal Jamaah apabila selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi tidak boleh dibuat dengan suara yang kuat kerana akan dituduh bida'ah oleh puak Wahhabi.
Begitu juga doa yang panjang-panjang di larang dibaca di Hijr Ismail atau belakang Maqam Nabi Ibrahim A.S kerana dikatakan cukup dengan solat, dan perbuatan berdoa itu suatu yang bida'ah. Banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan hati ini tersentak dan menangis kerana seolah-olah umat Islam tidak dibenarkan berselawat ke atas semulia-mulia manusia. Malah gua Tsur dimana Baginda Rasullullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar semasa perang di sekitar Madinah juga ditutup dengan konkrit bagi mengelakkan ada jemaah yang mengambil kesempatan bersolat dan berdoa didalamnya. Namun, bau harum keringat dan darah Baginda Rasulullah maseh tercium seharum kasturi oleh saya dari jarak 10 kaki dari mulut gua tersebut dan maseh terpahat dalam memori bau saya. Dan doa qunut tidak dibaca Imam sewaktu solat subuh...... Bumi Hijaz saya tinggalkan dengan hati yang hiba, dan pengorbanan Baginda Rasulullah serta para Sahabat dalam berdakwah mengembangkan Ugama Islam terpahat di hati ini......membuatkan saya membara untuk mempertahankan ugama Islam.
.............................
Saya belek berita dari Malaysia dan terkejut dengan pengumuman satu cawangan UMNO di ibukota bahawa Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mengumumkan kemasukan beliau dalam UMNO.
UMNO bukan partai yang tandus kepimpinan Islamnya, malah banyak tokoh Islam dan waris ulama besar Tanah Melayu dalam UMNO. Sayangnya UMNO tidak mengetengahkan mereka sebagai Tokoh Islam. Contohnya Tan Sri Muhyidin Yassin. Selain itu banyak juga pemimpin akar umbi di Kelantan dari waris keturunan ulama pndo terbilang...sayang, permata yang ada tidak digilap, kaca pula yang nak ditempa....
Membawa Dr. MAZA masuk ke dalam UMNO seperti memberikan suntikan toksin kepada pemulihan UMNO. Dr. MAZA yang pernah didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Selangor oleh JAIS berfahaman Wahhabi dan ini adalah liabiliti kepada UMNO. Islam. Kesan kemusnahan umat Islam yang berpunca dari Wahhabi juga dirasai di Malaysia di mana PAS yang ditubuhkan oleh golongan muda/salafi kini berfahaman Wahhabi. Sifat Wahhabi menuduh orang lain kafir hanya kerana perkara yang furuk/perbedaan cabang kecil dalam ugama yang tak menjejaskan Tauhid, menyamakan Allah dengan sifat makhluk dan menyatakan Allah bertempat dan berjisim adalah salah dari segi akidah.
KAUM MUJASSIMAH
Tambahan lagi tatkala ini kemusnahan yang dibuat oleh Wahhabi di Palestine amat teruk -perpecahan di kalangan umat Islam
Tambahan lagi fatwa terbaharu University Al Azhar yang berpendapat bahawa Wahhabi bukan Salafi tapi mujassimah, oleh itu memusnahkan Islam dan dikira KAFIR!
Kaum Mujassimah atau kaum yang "menyerupakan" menisbah sifat Allah dengan sifat makhluk. Kuam Mujassimah juga dikatakan kaum yang "menghinakan" kerana mereka suka menghina-hina pandangan umat Islam yang lain. Sifat yang mnerosakkan Islam dari dalam ini sebenarnya mainan Yahudi dalam penubuhan asal fahaman Wahhabiyah. Di Malaysia, jelas sifat ini banyak didapati di kalangan Wahhabi dan penyokong parti PAS. Rujukan kaum Mujassimah ini di sini http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/22/sejarah-ringkas-kaum-musyabbihahmujassimah/
FATWA AL AZHAR
Fatwa Al Azhar mengenai Wahhabi dan sifatnya yang bersifat mujassimah dan dianggap kafir ada dalam sedutan blog Aqidatul Tanzih di sini
FATWA RASMI AL-AZHAR TERBARU BERKAITAN AGAMA WAHHABI DAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH YANG DIFATWAKAN SEBAGAI BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MEREKA BUKAN SALAF SEBENAR BAHKAN IBNU TAIMIAH DAN WAHHABI ADALAH MUJASSIMAH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MEMBAWA AKIDAH SESAT IAITU ALLAH DUDUK ATAS ARASH. AKIDAH ISLAM SEBENAR ADALAH ALLAH ADA TANPA TEMPAT TIDAK MEMERLUKAN ARAH DAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA. FATWA UNIVERSITI AL-AZHAR JUGA MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA WAHHABI BUKAN ISLAM BAHKAN MEMERANGI DAN MEMUSUHI ISLAM- FATWA RASMI AL-AZHAR MESIR MELALUI SYEIKHUL AKBAR TERBARU JAMIAH AL-AZHAR.
Bukti video ada di dalam blog berkenaan.
dan di sini
Ada di kalangan pembaca Fb dan penyokong tegar partai PAS membahaskan bahawa Syeikh Qadrawi menyokong Wahhabi dan Ibn Tamiyyah. Bukti ini disangkal oleh Syeikh Qadrawi di sini
Sewajarnya UMNO kaji balik kemasukan Dr MAZA. UMNO sudah ada selling point terbaik dan boleh dijadikan differentiation dalam marketing politic sebenarnya. Sebaiknya terangkan kepada umat Islam bahawa UMNO adalah satu satunya partai yang mengikut Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan pelaksanaan Islam pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama ini adalah komitmen UMNO kepada umat Islam di Malaysia dan menjadi ikutan sedunia dalam menarajui sisitem perbankan, Unit Amanah dan Insuran berasaskan Syariah (Syariah Compliance dan Syariah Friendly).


