Wednesday, February 24, 2010

Sempena Maulidur Rasul



Umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad. Maulid Nabi, di zaman dulu disambut indah terutama di negeri yang banyak mengeluarkan ulama besar iaitu Kelantan.

Perayaan Maulidul Rasul sudah lama dilakukan oleh umat Islam. Benihnya ditanam oleh Rasulullah sendiri.

Dalam satu Riwayat Hadis Muslim diberitakan apabila ditanya kenapa Rasulullah berpuasa di hari Isnin, maka Baginda menjawab berpuasa pada hari Isnin dilakukan bagi menghargai hari Baginda dilahirkan dan juga hari wahyu diturunkan


Malangnya sedeh hati ini bila mengetahui hakikat bahawa sudah 20 Tahun Maulidur Rasul tidak di sambut Di Kelantan, iaitu semenjak negeri tersebut di tadbir oleh Kerajaan PAS.


Oh begitu rupanya, kasih MB Klate pada Rasulullah. Rujuk disini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/02/edisi-hangat-nik-aziz-akui-sudah-20.html


Sedangkan berdzikir menyebut nama Nabi Muhammad itupun sudah dikatakan perkara yang paling baik, inikan pula meraikan ulang tahun Baginda, kekasih Allah. Malah pernah Baginda meriwayatkan kepada Aisyah (RA) bahwa orang yang rugi di akhirat adalah orang yang kedekut menyebut salawat ke atas Baginda Rasulllah. Rujuk artikel di sini


http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fkhazanah-salafiyyah.blogspot.com%2F&h=0899df926787880368c7f1b7c4ae8d12 dan http://www.facebook.com/notes/lily-hashim/prophet-muhammad-pbuh-last-sermon/328844580828


Mungkin juga mereka perlu membaca artikel ini

http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/02/kritik-keceluparan-nik-aziz-terhadap.html

dan lihat sendiri video ini

http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded



Friday, February 19, 2010

Mawlana Shaykh Nazim Address to HRH Prince Charles / Mawlana Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani Sultanul Awliya - Sohba/Discourse

The people of the West has shown tolerance and love for Islam

Yet the people of the East is shunning the Holy Prophet Muhammad Maulid (Birthday) by saying it is unnecessary and a waste of fund (see Kelantan and Penang)

O Allah, I mourn the day when your servants become arrogant and istijraj, believing that their short family lineage and brand of Islam (Wahhabism) is holier than that given by You through the Arch Angel Gabriel to your beloved Muhammad (Prophet, SAW)

Mawlana Shaykh Nazim Address to HRH Prince Charles / Mawlana Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani Sultanul Awliya - Sohba/Discourse

Pampasan tanah di ayer kuning dijadikan isu-benarkah laporan harakah?

HARAKAH bagaikan mendapat satu loteri yang besar mengenai isu 15 hektar kebun musnah di Air Kuning, kawasan Dun Changkat Jering.

Bagaimanapun Harakah tersalah tulis dengan menyatakan jentera Gamuda telah digunakan untuk memusnahkan tanaman dan rumah di situ.Memang betul tanah tersebut telah lama diteroka, permohonan untuk menjadi hak milik telah lama dibuat tetapi oleh kerana tanah tersebut termasuk dalam projek pembangunan maka permohonan tidak diluluskan.



Namun peneroka tetap berharap dan terus berdegil dan enggan berpindah. Isu ini juga telah menyebabkan BN kehilangan banyak undi dalam dua PRU yang lalu.Peneroka bukan sahaja daripada penduduk tempatan, tetapi ada juga orang luar seperti Kelantan, Kedah dan lain-lain yang berkerja dan bermastautin di sini. Sebelum ini ramai diantara mereka sudah pun mendapat tanah-tanah di tempat lain seperti Kpg Pak Dollah, Kurnia Jaya dan Kpg Potong Pinang, Kg Paya, Pinang Sebatang dan banyak lagi. Mereka adalah dari golongan yang ingin dan gemar mengumpul geran tanah.


Di mana saja ada program meneroka tanah kerajaan , merekalah yang pantas mengambil peluang, Letak semua nama anak menantu, cucu cicit. Bila di sebut Gamuda bermakna tanah tersebut adalah dibawah projek landasan rel berkembar yang sedang rancak berjalan sekarang.


Gamuda telah memberi saguhati kepada penghuni sejumlah RM8,000 seorang untuk sebuah rumah atau 2 tahun sewaan rumah. Jumlah itu satu nilai yang standard dalam kaedah yang
digunapakai. Mengikut undang-undang tanah yang telah dibentang dan diluluskan oleh parlimen sewaktu Tun Ghafar menjadi TPM sesebuah tanah yang akan ditebus guna untuk pembangunan, kerajaan tidak boleh menunggu lama.

Jika pemilik tidak berpuas hati mereka boleh bawa kes ke mahkamah, bagaimana penilaian dan bayaran ganti rugi tetap dibuat oleh kerajaan.Jadi isu tanah kebun yang seluar 15 hektar ini
tidak perlu dijadikan bahan politik murahan Pas. Pas kehabisan modal. projek rel kembar pun buat isu...


Excerpt dari Taipingmali Pautan pada catatan ini


..........................................................................
Ulasan ABG

Pengalaman saya sebagai pegawai tadbir di Lebuhraya Malaysia dulu samasa mewakili LLM bagi Land Trial, precursor kepada pembayaran pampasan tanah ke atas tuan tanah dan orang yg bermukim secara haram di atas tanah kerajaan semasa projek lebuhraya utara selatan (PLUS).

Dalam kes ini jelas mereka bukan tuan tanah- mereka adalah peneroka atau dipanggil penghuni tanah haram.

Walaupon begitu undang-undang Malaysia dalam Kanun Tanah Negara amat prihatin terhadap penghuni tanah haram/land tenant walaupon mereka menduduki tanah tersebut secara haram kerana mereka juga berhak mendapat pampasan berdasarkan kepada jenis dan luas bangunan yang dirobohkan dan jenis tanaman yang ditanam.

Mungkin sudah tiba masanya para pembaca membaca sendiri kanun Tanah Negara/National Land Code dan menilai sendiri dakwaan palsu pembangkang

Prinsip hidup ABG- sampaikan berita yang benar walaupon sedikit/walaupon ianya pahit

Thursday, February 18, 2010

Hukuman Sebat di Malaysia

3 Pesalah wanita telah disebat pada 9 February 2010 yang lepas atas kesalahan jenayah syariah

Ada apa-apa komen dari parti PAS untuk tambahbaik sistem yang ada?

Prinsip pembangkang Islam yang baik adalah untuk menjadi kumpulan pendesak yang mendesak meninggikan syiar Islam di Malaya, sama sama perjuangkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Islam dan bersatu dalam isu yang melibatkan umat Islam yang majoritinya orang Melayu sepeti tertera dalam artikel 3(1), 11(4), 153,156,157 dan 159 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika Pembangkang ada lagi apa -apa cadangan yang lebih baik, elok dikemukakan segera...sebab rakyat dah jemu lihat masjid dan surau disalahguna untuk menghalalkan sifat sifat munafik dan mazmunah yang ada (tabur fitnah, riak, ujub, bongkak, sombong diri dll)


Utusan Malaysia Online - Jenayah

Sunday, February 14, 2010

Do Cry For UiTM and Selangor, Malaysians!

Mula -mula isu tak bayar cukai tanah dikeluarkan.



Bila Yayasan Basmi Kemiskinan dah bayar, Kerajaan Negeri Selangor tak mahu terima . Alasannya wang yang dibayar adalah dari Yayasan Negeri Melaka.....dan dipulangkan kembali!

...........................................................................

Agenda tersembunyi



Isunya, virus liberalisasi, pluralisme, dan Middle Malaysia ala PR dah menular masuk dalam UiTM secara halus melalui kemasukan VC UiTM yang baru. Jika dulu kita heboh kerana MB Khalid nak buka UiTM kepada bangsa asing-isu itu dilenyapkan. Sebenarnya bukannnya lenyap tapi diletakkan di back burner sehingga masa yang sesuai tiba.



Kemudian kita dikejutkan dengan perlantikan VC baru untuk UiTM.
Memanglah saya akui bahawa perlantikan beliau adalah dengan perkenan YDP Agong. Bagaimanapon dia diketahui amat rapat dengan penasihat ekonomi RM 1 negeri Selangor, DSAI.





Selain itu saya juga dimaklumkan warga pengajar UiTM teruk diserang secara psikologi, ...dan saya minta ianya disiasat!

1-Kenapa tiada TAPISAN HALUS dijalankan ke atas VC ini? Dia diketahui memang rapat dengan DSAI dan rapat juga dengan orang penting dalam Kementerian Pengajian Tinggi. Adakah VC ini mempunyai agenda tersembunyi?

2-Dia sentiasa ke luar negara, DENGAN SIAPAKAH DIA KELUAR NEGARA DAN apakah AGENDA TERSEMBUNYI yang dibuatnya di luar negara?

3- Adakah dia mahu meneruskan hasrat MB Khalid memulakan dasar UiTM terbuka...sudah lupakah dia objektif UiTM sebenarnya untuk melahirkan graduan berkualiti dari golongan rakyat berpendapatan rendah seperti tertera dalam laman web UiTM sendiri- apakah agenda perjuangannya melawan arus untuk menggagalkan impian bagi medemokrasikan pendidikan bagi golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu dan bumiputera di Malaysia? Siasat jangan tak siasat!

Saya minta semua ini disiasat...ada agenda tersembunyi dengan perlantikan VC UiTM yang baru....apakah Kementerian jua telah diresapi mereka yang menjadi penyokong tegar PKR?

Saturday, February 13, 2010

Peranan Raja Makin Terasa bila dua puak bertelagah pendapat..........





Sementelah saya menulis mengenai sejarah yang selama ini tersimpan dalam lipatan sejarah, maka terjumpa saya beberapa artikel mengenai peranan raja-raja melayu menjaga kedaulatan negara di masa silam.

Di masa silam, peranan raja bukan sahaja memerintah, tapi mereka juga mengetuai angkatan tentera menentang penjajah. Artikel ini saya petik dari sebuah forum mengenai peranan putera (Sultan Alauddin ) mengetuai bala tentera Melaka menghadapi Portugis pada tahun 1511.

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi ingin saya ingatkan pembaca institusi Beraja adalah satu institusi yang bebas dari politik (above politics) di negara ini.


Saya ingin mengingatkan pembaca semua kepada Bersumpah dengan Iman yang dilaksanakan oleh Kebawah DYMM Sultan Johor yang Ke 5 baru baru ini.


Intipati sumpahnya nya menyatakan kesediaan seorang insan -dalam Islam -insan bermaksud hamba Allah yang senantiasa tawaduk, zuhud dan melaksanakan perintah Allah (Sebagai Sultan) untuk melaksanakan tugasan baginda dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab seperti berikut:-

Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"


Perlu diingatkan bahawa Iman adalah percaya kepada Allah, Malaikat dan perkara ghaib,Al Quran, Rasul dan Nabi, Qadar dan Qadar serta Hari Akhirat .......jadi maksud bersumpah dengan iman merujuk kepada bersumpah dengan nama Allah dan segala kebesaranNya.


Apapon peranan raja raja Melayu sudah semakin diperlukan masa kini, bagi merungkai permasalahan kerana mereka bersifat neutral dan memegang tanggung jawab yang besar ke atas ugama , bangsa dan negara...dengan adanya camportangan Raja Raja Melayu harapnya tidak ada lagi puak puak yang berani mencabar artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara , artikel 11(4) yang menghalang penyebaran ugama lain dikalangan orang Islam artikel (153) Akta yang sama yang memartabatkan kedudukan Melayu sebagai bangsa pribumi, artikel (159) yang meletakkan peranan YDP Agong dan Raja Raja Melayu sebagai tunggak pemerintahan negeri dan negara serta lain lain lagi yang menjadi intipati kontrak perjanjian sosial yang makin dilupakn di Malaysia. Baca ulasan seterusnya disini

http://al-ghari.blogspot.com/2010/02/atasi-segera-isu-kalimah.html

atau petikan dari artikel yang sama disini

Raja-Raja Melayu beri jaminan pertahankan kedaulatan, kesucian Islam sebagai agama rasmiKUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam dan mempertahankan kedaulatan serta kesuciannya Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain.Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 selama dua hari di Istana Negara semalam juga menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan, baru-baru ini perlu ditangani segera bagi memastikan ia tidak menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.
Serentak itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan God kepada Allah.Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, penterjemahan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam."Isu ini jika tidak ditangani segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri."Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain. Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan berlaku sama sekali."Perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui, malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama. Perbuatan itu jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," katanya.
Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada polis yang bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam diberikan sokongan sepenuhnya.Selain itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan.Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama
Sumber :
Berita Harian
Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI at 8:25 PM









Thursday, February 11, 2010

bagai meminang Puteri Gunung Ledang

Arakian tersebutlah kesah Raja Melaka terlalu berkenan dengan dengan Puteri Gunung Ledang. Maka jatuh berahi Baginda sehingga tak lalu makan tak boleh tidur.

Maka dihantarkan rombongan meminang tuan puteri dengan diketuai oleh Laksamana Hang Tuah.

Sampai di satu tempat Laksamana telah bertemu Nenek Kebayan.

Nenek Kebayan telah memaklumkan syarat-syarat utama Puteri Gunung Ledang, yang menurut riwayatnya menyatakan syarat yang tak termampu dilaksanakan oleh baginda dengan KPI seperti berikut

7 dulang hati nyamuk- Boleh
7 dulang hati unggas-Boleh
Jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang-Boleh
Semangkuk darah Raja Muhamad-Putera Mahkota-Tak boleh

Ceritera tadi mengingatkan kita perihal orang Melayu yang kaya budi bahasa, maksud disulam dalam gurindam, tidak mahu di hati walau di mulut kata mahu !

Di khabarkan ceritera lagi bahawa Sultan Melaka dan keluarganya telah mengembara selepas kejatuhan Melaka, terjadi juga kesah Tun Fatimah yang mulanya merajuk kerana ayahandanya Bendahara Tun Ali serta suaminya dibunuh bagi mendapatkan Baginda permaisuri akhirnya setuju ikut Sultan Melaka......(kes tak mahu tapi mahu)


Maka berlabuhlah rombongan diRaja ke jajahan mereka di Perlak Indonesia..disana anak Tun Fatimah dengan Sultan Melaka dirajakan......merajuk dengan nendanya Sultan Melaka, cucunda gahara dari anak gahara (yang mangkat setelah mempertahankan negeri Melaka semasa perang dengan Portugis) cucunda gahara larilah ke Perak.

Di sana waris Sultan Melaka ditabalkan menjadi Raja Perak yang pertama.

Rupanya riwayat Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang tak habis disitu

Lihat pula al kesah riwayat peminangan pemimpin politik moden yang berlaku di Perak

Wahai DS Nizar, kalau tak mahu bekerjasama katakan tak mahu...................jangan hikayat lama disulam dalam politik Perak Moden


Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Rujukan

Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang

Tuesday, February 9, 2010

Sujud Syukur ke Hadrat Illahi-MB Perak Milik DS Dr. Zambry

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH,

Akhirnya kemarau setahun di Perak kerana pemimpin politik terlalu menurut nafsu dan mengheret kes perlantikan MB Perak DS Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Kebawah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang amat arif dengan undang-undang sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan berakhir sudah.

Hakim sebulat suara menetapkan bahawa DS Dr Zamry adalah MB Perak yang sah!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

Rakyat Perak pon sujud syukur kerana sekarang MB dapat tumpukan perhatian kepada program menjaga kebajikan rakyat Perak dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi -sosial/keugamaan yang memanfaatkan rakyat negeri itu.

Datuk Seri seorang yang komited untuk membangunkan negeri Perak dan menjana ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri juga seorang yang rajin turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Seperkara lagi, jika Mahkamah Persekutuan dah sahkan MB Perak milik Datuk Seri Zamry, kita kena berfikir, perkara ini juga ditakdirkan berlaku dengan izin Allah.

Selepas ini janganlah ada orang yang nak mempersendakan ugama dengan menjunjung Al-Quran atau solat hajat nak tukar keputusan, atau ada yang nak bikin huru hara sebab tak mahu menerima takdir Illahi.

Sesuatu perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya.

Bagi rakyat Perak, kami dah bosan dengan permainan politik pembangkang yang keterlaluan sehingga perkara asas dan keperluan rakyat tidak diambil peduli.

Bagi DS Nizar Jamaluddin pula Allah dah bagi amanah menjaga dua kawasan, satu kawasan DUN di Pasir Panjang dan satu lagi kawasan Parlimen di Bukit Gantang.

Seeloknya jagalah amanah Allah itu dengan berusaha lebih komited untuk menghasilkan kebaikan, bukannya huru hara di negeri Perak.

Bagai kata orang Perak, kome asyik berpolitik, mikeme (kami semua) dah jemoih (jemu)!

Monday, February 8, 2010

Berapa harga sebenar enjin jet?


Mula-mula enjin jet yang dibeli pada tahun 1972 dilaporkan berharga RM 50 setiap sebuah

Selepas itu keluar pula kenyataan enjin jet berharga RM 303,570 termasuk komponen tambahan - afterburner dengan harga nilai tukaran matawang pada tahun 1972-menurut laporan KOSMO online pada 8 Feb 2010.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Pada hari yang sama keluar artikel dalam sebuah akhbar dalam kumpulan yang sama menyatakan enjin jet berharga RM 50 juta setiap sebuah

Adakah perkara ini disalah lapor atau sengaja disalah laporkan?

Baca perenggan 11 laporan ini

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Sunday, February 7, 2010

Akta Pembangunan Petroleum 1974 bukan satu satunya rujukan untuk Kelantan menuntut royalty petroleum

Datuk Hafarizam dipetik oleh Berita Harian berkata "Hak Kelantan mendapat royalty minyak perlu dikaji dari pelbagai peruntukan undang-undang"

Undang -undang yang terlibat adalah seperti berikut:

1- Perlembagaan Persekutuan

2-Kanun Tanah Negara

3-Peruntukan Seksyen 4 Petroleum Development Act (PDA) /Akta Pembangunan Petroleum 1974

4-Ordinan Kuasa Kuasa Perlu Darurat 1969

5-Akta Pelantar Benua 1966

6-Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UCHLOS)

Untuk berhak menuntut royalty, telaga minyak yang dicarigali dan didapati mengeluarkan minyak PERLU BERADA DALAM KAWASAN 3 BATU NAUTIKA DARI PERSISIRAN PANTAI KELANTAN bagi LAYAK ditafsirkan sebagai BERADA DALAM KAWASAN PERAIRAN NEGERI

Jika telaga minyak didapati keluar dari 3 batu nautika, iaitu melebihi 150 km sehingga 200 km ianya dikira sebagai berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (maksudnya berada dalam perairan Malaysia dan royalty layak dikutip oleh Kerajaan Persekutuan)

Baca penjelasan Datuk Hafarizam yang menyeluruh di sini

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100206235555/Article/index_html

Oleh itu wajarlah bagi semua pembaca menghormati undang undang dalam negara dan antarabangsa yang berkaitan serta mengkaji implikasi undang undang sebelum mengambil sesuatu tindakan demonstrasi ataupon menyaman Kerajaan Persekutuan hanya kerana penterjemahan undang undang yang sempit. Tindakan tersebut bukan sahaja mengaibkan kita tapi akan hanya menjatuhkan maruah kita sebagai bangsa yang bertamadun.

Saturday, February 6, 2010

Bila enjin jet hilang ....

Pelik tapi benar,

Bila enjin jet hilang heboh satu Malaya harga enjin jet puluhan million....diberitakan ianya sekitar RM 50 million....hatta ada satu akhbar perdana telah membesarkan harga enjin jet...dari harga sebenarnya .........yang diketahui akhirnya hanyalah berharga M 300,000 + setiap satu unit

Kredibiliti akhbar dah jadi liabiliti, kerana dakwaan didapati menyimpang....
Malah bagi mereka yang belajar akauntansi atau kewangan pon tahu bahawa atas faktor susut nilai (depreciation) harga semasa enjin jet adalah jauh lebih rendah dari harga waktu enjin tersebut dibeli sepuluh tahun lalu!

Harga sesuatu item yang mengalami wear and tear akan mengalami susut nilai setiap tahun. Ini kerana item tersebut sudah tentu mengalami proses rosak, lusuh dan memerlukan pembaikan. Dari segi performance pula item atau enjin tersebut tidaklah dalam keadaan terbaik sebagaimana sewaktu ianya mula dibeli......

Ini amat berlainan dari harga harta tanah (real estate) atau emas yang mengalami appreciation atau kenaikan nilai . Itu sebab amat munasabah untuk melaporkan harta tanah bagi kawasan perumahan elit yang boleh naik nilainya 150% ataupon lebih dari harga asal yang dibeli puluhan tahun dulu

Contohnya sesiapa yang membeli rumah semi D di Tropicana pada tahun 1998 akan beruntung kerana harta tanah di tempat tersebut telah melambung tinggi ......nilaian semasa harga rumah bagi Semi D di Tropicana sekarang mencecah RM 800,00 sehingga 1 juta berbanding RM 200,000 + waktu kawasan itu mulai dibuka 12 tahun lalu

Oleh itu saya tertanya kenapa fakta yang salah diberikan oleh satu akhbar arus perdana tersebut? Adakah dalam akhbar tersebut juga sudah menyusup musuh dalam selimut yang sengaja nak menjatuhkan kredibiliti Kerajaan hari ini?

..........................................................................................................
Kambing Hitam atau ada gerakan hitam dalam ATM?

Selepas itu wujud pula gesaan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kehilangan enjin jet tesebut..malah ada beberapa pihak tak puas hati dan mengatakan 2 orang yang ditangkap hanyalah kambing hitam!

Pada tika ini akhbar pro pembangkang beriya mengatakan 2 orang yang dibicarakan tersebut hanyalah muka depan (front ) kepada tali barut sebenarnya.

.........................................................................................................
Bahana budaya menuduh dan pemikiran sempit akhbar

Minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai adanya maklumat pertahanan negara yang bocor kerana ada pemberi maklumat dari dalam ATM sendiri. Maklumat tersebut diberitakan bocor ke tangan Attache Pertahanan kedutaan negara tertentu.

Dari dulu lagi saya dah jangka enjin jet yang hilang kerana ada unsur subversif dalam ATM....

Saya ingin menarik perhatian pelajaran yang boleh kita dapati dari hilangnya jet pejuang Mesir semasa peperangan dengan Israel pada tahun 1960-an dulu.

Dengan mempelajari dari sejarah kita tahu bahawa Mesir kalah perang dengan Israel kerana pihak musuh dah dapat menjangka kapasiti kekuatan pertahanan negara itu.

Saya ingin bertanya sejauh manakah kesetian pembangkang untuk Malaysia? Kenapa tiada suara gesaan dari pihak pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau siasatan dalaman ATM bagi menyiasat perkara tersebut?

Atau adakah pembangkang sudah bersekongkol dengan kedutaan negara tertentu untuk melemahkan pertahanan Malaysia dari dalam..melalui media dan unsur subversif dalam ATM?

Ingatlah pembangkang bukan setakat membangkang, tetapi mencadang alternatif yang lebih baik supaya kepimpinan sedia ada sentiasa berinovasi untuk berdaya saing..jika pembangkang menjadi penjahanam lebih baik usah ada pembangkang!



Wednesday, February 3, 2010

inner wakefulness

Inner Wakefulness


This place is a dream

only a sleeper considers it real
then death comes like dawn
and you wake up laughing at what you thought ..........was your grief

A man goes to sleep in the town
where he has always lived
and he dreams he's living in another town
in the dream he doesn't remember the town he's sleeping in his bed in
he believes the reality of the dream town
the world is that kind of sleep

Humankind is being led along an evolving course,
through this migration of intelligences and though
we seem to be sleeping
there is an inner wakefulness,
that directs the dream
and that will eventually startle us back to the truth
of who we are

Jalaludin Rumi

Tuesday, February 2, 2010

lunar, moon and looning


Terminology:-

Lunar means "moon" in Latin.

Moon is the only satellite orbiting planet Earth. Moon orbits Earth and completes its circle every 30 days.

Planet earth is one of the planets in The Solar system. Earth orbits the sun and completes its circle every 365 days.

Looning, according to Meriam Webster online dictionary means a crazy person.
............................................................................................

Astronomy:

And so, had anyone notice, last night was the night when satellite Moon appeared the biggest from Earth.

Moon appeared 30 percent brighter and 14 percent larger than any other full moon this year ...because the moon will be the closest to the Earth at a distance of 221,577 miles from Earth. At its closest from Earth, the moon is said to be at "perigee" phase.

As coincidence it is, planet Mars will be opposite the Sun. Mars will appear as a red star to the left of the moon.
.....................................................................................................
About Looning
The full moon is also associated with tide rising. The moon's gravity will attract many a lunatic behaviour in animals and humans.....
Well by the way have the readers notice some sort of looning behaviour occurring in the Pakatan Rakyat coalition recently?
From Penang to Selangor, the have bare their soul and reveal their true self....
In Penang, DAP State Government popularity plummets and have become the choice of The Loons , their image will forever be tarnished because they have shown their true feathers......the State Government who could not tolerate nor show empathy ....a stark contrast to their Gen Election slogans to champion the poor ...the fiasco are many beginning from broken promises in Kg Buah Pala episode and the latest; putting a deaf ear on public outcry by selective dismantling poor bumi traders tuck shops!
In Selangor The State Government has become the poor people enemy by putting a halt to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) socio-economy uplifting projects...so much so that YBKs officer had to do police report on the false accusations...
YBK, a non governmental foundation, is not entitled to submit their financial report to the Menteri Besar Of Selangor. Even then YBK has acted proactively by publishing the financial report on its website....
And so, the looning continues...which state leader will be caught looning the next time around??

Latest lunatic incident,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Monday, February 1, 2010

Penghargaan kepada Media

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, beberapa pengamal media telah diberikan penghargaan.

Tahniah Ketua Pengarang Malay Mail dan blogger Rocky Bru, serta Ketua pengarah Penyiaran tahniah kepada semua yang dapat pingat penghargaan dengan membawa gelaran Datuk.

Penghargaan kepada pengamal media baru dan konvensyenal ini adalah rentetan dari penghargaan yang sama yang telah diberikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin dan Kerajaan Negeri Perak kepada pengamal media baru.

Nampaknya zaman dah berubah, dan untuk beubah pengamal media konvensyenal pon dah ambil pendekatan baru menggunakan media baru seperti Blog, facebook dan twitter.

Utusan Malaysia Online - Terkini