Sunday, January 3, 2010

Ketelusan fakta Harakah dan penjenamaan lidah rasmi PAS


Saya tertarik dengan etika bloggers yang digunapakai secara universal. Malah komen Panglima Perang Siber semasa memberi nasihat pada para bloggers baru-baru ini juga perlu diambil kira.

Dalam menulis blog, penyataan perlu disokong oleh fakta. Fakta yang digunakan perlu dipastikan betul. Penggunaan kata kata perlu baik dan komen sepatutnya neutral, atau menyediakan hujah pro dan kontra bagi sesuatu isu. Penilaian akhir ke atas sesuatu isu hanya boleh dibuat oleh pembaca.

Etika untuk bloggers ini bukan sahaja digunapakai oleh para bloggers tetapi menjadi garispanduan kepada semua yang ingin bergelar " journalist" , sama ada di media massa konvensional seperti akhbar atau media alternatif internet seperti blog, facebook dan twitter

.................................................................................

Kredibiliti dan penjenamaan blog

Dalam menulis, sekali kita tersalah beri fakta maka selamanya kredibiliti akan dipersoalkan. Bagi penulis individu atau akhbar yang sedang membina jenama, perkara paling malang sekali ialah apabila berlaku penyandaran fakta kepada perkara yang tak pasti ataupun salah sama sekali.

Untuk membina jenama mungkin mengambil masa bertahun-tahun seperti case study beberapa syarikat gergasi. Tetapi untuk memusnahkan kredibiliti dan jenama sesuatu syarikat hanya mengambil masa beberapa minit.

Jenama juga boleh musnah sekelip mata berdasarkan bagaimana sesuatu syarikat menguruskan krisis semasa berlakunya krisis (crisis management) .

Umum mengetahui bahawa syarikat Union Carbide di Bhopal, India lewat tahun 1990an terlibat dalam kebocoran gas yang menyebabkan kemalangan jiwa di kalangan pekerja dan penduduk sekitar. Namun Union Carbide mengambil langkah bijak dan membuat pembetulan persepsi syarikat dengan cepat. Union Carbide mengaku bertanggungjawab ke atas insiden tersebut dan menanggung kos gantirugi dan kos perubatan kepada pekerja dan penduduk yang terhidu gas beracun.

Malah semua stakeholder; tak kira pekerja, penduduk, shareholder dan aktivis masyarakat dimaklumkan mengenai perkembangan semasa. Tidak ada langsung news black-out. Ketelusan komunikasi dapat dilihat dari luar dan dalam syarikat Union Carbide.

Keputusan cepat mengaku bertangungjawab dan mengambil langkah positif agar insiden kemalangan jiwa kerana terhidu gas beracun tidak berulang lagi merupakan satu pengurusan krisis yang terbaik. Malah kes ini menjadi classic case study bagi mana mana pelajar peringkat Sarjana Perniagaan (MBA) untuk mempelajari mengenai penjenamaan, pengurusan krisis dan perhubungan industri.

................................................................................

Perbandingan pengurusan krisis (crisis management) dalam kes saman balak bernilai RM 800 juta di Kelantan dan peranan Harakah sebagai lidah rasmi PAS.

Dari blog Kickdefella, diberitakan fakta berikut;- bahawasanya,

1- Pembelian konsesi balak kepada syarikat Timbermine dibuat pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS Datuk Ishak Lofti

2- Manakala pembatalan konsesi balak pula dibuat oleh Menteri Besar gabungan PAS-BN iaitu Datuk Muhammad Nasir, 10 tahun kemudian pada tahun 1974

3-Alasan pembatalan ialah kerana kawasan konsesi balak di kawasan Hulu Kelantan yang diberikan terlalu besar seolah olah menggadai Negeri Kelantan.

4-Kerajaan BN semasa pemerintahan Datuk Muhammad Yaakub telah berunding dengan syarikat konsesi balak supaya sebahagian tanah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi projek KESEDAR. Sebagai pampasan sebanyak RM3.5 juta telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

5- Budget Tahunan seluruh Negeri Kelantan adalah RM 400 juta setahun. Kes saman ini melibatkan jumlah 2 tahun budget iaitu RM 800 juta!.

Soalnya di manakah Kerajaan Negeri Kelantan nak cari wang sebanyak itu! Kerajaan Negeri Kelantan dijangka Muflis! Malah komen pembaca juga dapat dilhat pada blog Kickdefella.

Maklumat lanjut mengenai sejarah konsesi balak, komen pembaca dan maklumat tambahan boleh didapati di link Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/

dan link http://dongtalk.blogspot.com/2010/01/understanding-kelantan-rm800-million.html

...........................................................................

Iktibar dari peristiwa mempalsukan fakta oleh Harakah

Sementara itu usaha propaganda ala- diversion dengan menuduh Kerajaan BN bertanggungjawab pula dibuat dalam Harakah disini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50

Sebagai seorang journalist Kickdefella telah ketengahkan fakta yang sebenar. Harakah pula cuba menuduh BN yang bertanggungjawab. Malangnya tuduhan ini nyata salah dan dapat disanggah oleh kebenaran fakta sejarah di pihak BN. Malah BN telah mengunakan fakta "PAS nak menggadai Negeri Kelantan melalui konsesi balak" sebagai isu pilihanraya pada tahun 1970an.

Harakah perlu bersikap neutral. Masanya telah tamat bagi Harakah untuk memfitnah dan menuduh kesalahan di pihak lain atas kepincanga tadbir urus Negeri Kelantan oleh PAS!.

Kebenaran ini pahit. Tetapi yang lagi pahit adalah imej Harakah yang telah tercemar kerana kerap mengeluarkan fakta yang salah bagi menyokong apa sahaja perjuangan songsang PAS.

Bagi parti PAS pula mengurus kejayaan selepas pilihanraya adalah lebih sukar dari memenangi pilihanraya itu sendiri. PAS perlu muhasabah diri dan membina kembali jenamanya yang sudah tercemar kerana kegagalan mengurus krisis (crisis management)
.




3 comments:

Frodo Baggins said...

salam ABG ~ mmg malang dan agak mengecewakan bila kita tahu yg mengendalikan HARAKAH ini adalah dr golongan yg mgkin boleh saya kata sbgai berpendidikan agama yg lebih baik pengetahuannya ... benar, mereka kena tulis cerita sebenar dan neutral. Sejarah tidak mungkin akan menipu ...


Begitu juga soalnya dalam isu nama Allah, hairan kenapa Khalid samad masih ingin memberikan hujah politik dan mneyalahkan BN, walhal perkara tersebut tidaklah berkaitan dgn politik tapi agama.


Happy new year ABG


>>_________<<


KucingPembela

Anakbukitgantang said...

Wa'alaikummussalam Frodo Baggins dan semua pembaca,

seperti yang pernah dinyatakan dalam blog ini tanggungjawab kita bukan pada diri sndiri atau party

Tanggungjawab kita adalah pada Allah , manusia dan Alam

Pada Allah, laksanakan sebaik mungkin ibadah, keluarkan zakat dan bedakwahlah untuk menyebarkan ugama Allah

Kepada manusia laksanakanlah hak sesama insan-tidak memfitnah, nyatakn fakta yang benar, elak dari mengaibkan sesama insan, tegur dengan berhemah demi kebenaran dan ugama Islam

Kepada alam, jangan dicemari dengan perkara yang tak elok seperti pembalakan berluasa, pencemaran sumber air -sungai-mata air, telaha-sumber air bawah tanah, pencemaran tanah dengan pembalakan boleh akibatkan kesusahan kepada insan lain-banjir lumpur, tanah runtuh dll

Sebagai orang Islam kita kena kembali kepada takrif khalifah di muka bumi dngan melaksanaka perintah Allah tapi pada masa yang sama elak dari merosakkan bumi dengan permusuhan sesama Insan (peperangan, fitnah,merosakan dan aibkan musuh, pembunuhan), mengkafirkan saudara seIslam dan merosakkan alam kurniaan Allah

Sekadar mengingat diri sendiri dan rakan pembaca

Muhammad said...

Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda

Kata-kata Ilmiah biasanya akan lahir dari jiwa yang merasa ketandusan Ilmu lalu ia berkobar-kobar mencari Ilmu itu seperti orang yang amat dahaga.

Setelah berjumpa Ilmu, Ia akan minum air ilmu itu sehingga puas. Namun ia tidak tahu bahawa air ilmu yang diambilnya itu mungkin boleh membawa bencana baginya.

Kerana itulah Islam menggalakkan agar Ilmu yang diambil hendaklah bersumber dari Ilmu yang tepat dan yakin, iaitu al-Qur'an dan Sunnah.

sila kelaman blog saya:

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/