Saturday, May 30, 2009

Dealing with a teenage mutant ninja turtle princess

It is a mundane Saturday. May 30 2009 is a quite day for me.

And suddenly, my princess came back from her incarceration, of hostel life in Perak....and hold and behold, caused a ruckus in a usually quite household.

Oh la la, there she is, out again, with her friends.

As parents, what shall you do? Yes, what shall you do? A teenager is a teenager, after all. The hormone is raging madly through every cells and veins in the body.

Ehmmmm, I wonder, what my mom and dad would do, when I was my princess's age. Ehmm what goes around come around.

Oh I remember the age old time, tried and tested method that is sooo effective. Sometimes in this modern age, parents do tend to cast off spiritual/islamic way of life that have been proven very efective when dealing with one's proginy.

I remember, a learned friend of mine reminded me that it is good to send good positive energy to our love ones via recitation of Al Fatehah, Salawat, and Surah Al Ikhlas. So, pray to Allah, and Allah shall provide thou answers and solutions to your problems.

So what is up with May 30 2009? I shall continue, with yet another interesting article.

For now, salam and salutation, ces't lah vie, life is life, one has to live the life according to taqdir. ... and adjust the decree of the qada and qadar via doa. Insyallah.



Thursday, May 28, 2009

Puasa Sunat Hari Khamis Dan Gerhana Matahari 28 Mei 2009

PUASA SUNAT HARI KHAMIS DAN GERHANA MATAHARI 28 MEI 2009

Langkah Datuk Seri Dr. Zambry mengajak semua orang Islam (tak kira di mana saja) berpuasa sunat pada hari Khamis adalah langkah yang tepat, bijak dan matang. Bukan sahaja ianya dapat meredakan suasana panassss di Perak, malah DS Dr. Zambry juga mengajak ummah Islam close rank, dan mengingatkan ummat Islam bagi mengutamakan beribadah dalam kehidupan seharian (ibadah juga boleh diintegrasikan dalam pekerjaan kita seharian,supaya bertambah keberkahan usaha).

Puasa hari Khamis memang amalan sunat yang digalakkan, dan beribadah sambil berdoa kesejahteraan, keamanan dan kebaikan negeri dan Negara serta keseluruhan ummah Islam pada masa yang baik dan mustajab untuk berdoa iaitu pada malam dan hari Jumaat amat amat digalakkan. Semoga usaha murni Datuk Seri Dr. Zambry dan rakan-rakan semua mendapat keberkatan dan doa kita semua dimakbulkan Allah. Amin.

Berikut adalah rujukan yang saya dapati dari Brunei Post http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Pada 28 Mei setiap tahun, jam 5.26 petang, kedudukan matahari akan betul-betul berada tepat di atas kaabah, Mekah. Fenomena astronomi yang lebih dikenali sebagai peristiwa adzam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hampir seluruh dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat ketika waktu tadi.

Lazimnya, dalam setahun matahari akan berada tepat di atas kaabah sebanyak dua kali iaitu apabila nilai sudut deklinasinya bersamaan dengan latitud Mekah (21.421 darjah Utara) pada setiap 28hb Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16hb Julai pukul 5.28 petang waktu Brunei (sama dengan waktu Malaysia)

Ikuti cara-cara berikut untuk menyemak arah kiblat dari kawasan awda(anda):1. Awda (anda) perlu menggunakan objek-objek yang lurus seperti sebatang tiang atau sisi-sisi rumah. Ia juga mestilah tegak dengan memeriksa menggunakan pemberat yang diikat ke benang (plumbline).2. Objek tadi mestilah berada di sebuah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari misalnya jangan diletak di bawah pokok atau di dalam rumah. Akan tetapi hendaklah diletakkan di kawasan yang menerima terus cahaya matahari misalnya di halaman rumah yang lapang.3. Tepat pada jam 5.16 petang 28 Mei, garisan bayang objek yang dihasilkan oleh matahari adalah arah kiblat iaitu menghadap ke arah matahari.

Rujukan peta adalah di link ini http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Peta di atas menunjukkan kawasan (bercahaya) yang boleh menggunakan kaedah bayang matahari. Semua bayang objek menuju ke arah matahari adalah arah kiblat.

Amalan sunat yang boleh dibuat pada hari Khamis 28 Mei 2009, setelah habis bersolat Asar:

(Saya bukanlah ahli dalam hal ini, tetapi telah mendapat rujukan dari ustaz yang arif mengenai perkara ini )

Setidak-tidaknya untuk orang yang busy macam kita, bolehlah diamalkan berdzikir

3 x istigfar
100 x salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
313 X La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimin (doa yang dibaca oleh nabi Yunus dalam perut ikan Nun)

Doalah supaya ummat Islam di Perak, Malaysia dan seluruh dunia dapat hidup aman tenteram, selamat sejahtera, dikeluarkan dari segala mara bahaya, diselesaikan segala masalah dengan cara yang terbaik yang hanya Allah mengetahuiNya, dan doalah juga untuk semua penyelesaian yang terbaik dan memberi manfaat yang terbaik , dunia dan akhirat, kepada masalah peribadi kita. Amin

Selain itu di sebelah malamnya , buatlah amalan ibadah yang selalu dibuat sewaktu malam Jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah jua. Amin.

http://anakbukitgantang.blogspot.com/

Wednesday, May 27, 2009

KEWIBAWAAN PETRONAS WAJAR DIPERTAHANKAN

Kali ini saya membawa petikan ulasan Datuk A Kadir Jasin dari beliau di link sini

http://kadirjasin.blogspot.com/2009/05/kewibawaan-petronas-wajib-dipertahankan.html

A Kadir Jasin

SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petronas dengan penuh emosi.Saya tidak salahkan mereka. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia berhak menjadi emosional. Kelangsungan Petronas adalah tanggungjawab kita semua.Isu yang membakar emosi itu adalah ura-ura pelantikan seorang muda lulusan Oxford yang seangkatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas seorang menteri untuk menduduki lembaga pengarah Petronas.Orang muda lulusan Oxford itu dicamkan sebagai Omar Mustapha Ong, bekas Pegawai Khas Mohd Najib Abdul Razak ketika Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana. Bekas menteri itu pula dikatakan Syed Abdul Hamid Albar.

Walaupun pelantikan mereka masih di alam misteri, cakap-cakap mengatakan Omar akan dilantik ahli lembaga pengarah manakala Syed Hamid pengerusi bagi menggantikan Mohamed Hassan Marican.Oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan tidak akan berlaku tanpa kehendak dan pengesahan beliau.Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemblog dan pembahas mereka mengaitkan ura-ura pelantikan Omar dan Syed Hamid dengan Perdana Menteri.Saya kenal Omar. Daripada perwatakan, dia sederhana dan nampak cerdik. Yang menjadi masalah adalah pertaliannya dengan Mohd Najib dan Khairy.Omar adalah pemegang tampuk Ethos Consulting Sdn Bhd, sebuah firma perundingan korporat.

Laporan The Star mengenai Ong pada tahun 2006, antara lain, menyebut:“Ethos Consulting Sdn Bhd has appointed Omar Mustapha managing principal and director effective Feb 1.Prior to his appointment, Omar served as special assistant to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on matters of public policy, international relations and the corporate sector.Omar was co-founder of Ethos Consulting together with the late Dr Liew Boon-Horng and has worked closely as joint managing principals since the firm’s founding in June 2002.He left the firm to join the Deputy Prime Minister’s staff in February 2004.”

Walaupun dia meninggalkan Mohd Najib untuk menguruskan Ethos Consulting, namun Omar tetap rapat dengan Mohd Najib dan dipercayai terus terbabit dengan kegiatan beliau.Seperti banyak institusi dan syarikat yang rapat dengan Khairy dan persekongkolan Tingkat Empat, Ethos Consulting dilaporkan mendapat banyak kerja perundingan kerajaan, khas untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ura-ura pelantikan Omar ke lembaga pengarah Petronas menjadi berita sensasi di Internet kerana banyak pihak bimbang akan berlaku campur tangan luar ke atas syarikat minyak negara itu serta kemungkinan terjadi eksploitasi ke atas kontrak serta asetnya.

Kebimbangan ini boleh difahami kerana di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti dalam urus niaga ECM-Libra, AirAsia, pembinaan terminal penerbangan murah (LCCT) dan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway, Singapura.

Apa pun kebenaran kepada ura-ura ini, kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapa pun wajib didedah dan disekat.

Namun, keyakinan dan harapan boleh diletakkan di atas bahu Mohd Najib kerana dia bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi dia kenal Petronas sejak syarikat itu ditubuhkan ketika pentadbiran ayahnya, Abdul Razak Hussein.

Pekerjaan pertama Mohd Najib setelah pulang dari pengajian di England adalah di Petronas sebagai pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.Ketika itu, kalau tidak silap saya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah Pengerusi dan Junus Sudin (Datuk) -- bos saya yang baik hati di NSTP -- adalah Pengarah Urusan.Saya sendiri mula membuat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 untuk akhbar The Business Times ketika rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) dengan syarikat-syarikat minyak asing dijalankan.

Hari ini, berkat kecekapan dan integriti pegawai-pegawai Petronas yang majoritinya Bumiputera, dan tanpa campur tangan yang negatif daripada kerajaan, Petronas muncul sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia.Senarai majalah Fortune Amerika Syarikat meletakkan Petronas sebagai syarikat yang ke-95 terbesar di dunia tahun lalu. Sebahagian besar pendapatannya kini hasil daripada kegiatan di luar Malaysia. Petronas adalah pengarak panji-panji negara di persada dunia.Jadi, sebesar mana pun keperluan memberi pangkat dan jawatan persaraan kepada bekas menteri, operator politik atau rakan taulan, kepentingan Petronas dan kepentingan rakyat jelata jangan sekali-kali diperjudikan.
Kalaupun perlu melantik seorang pengerusi baru bagi memisahkan tugas lembaga dan pengurusan Petronas, calonnya biarlah bukan daripada kalangan politik.Ingat jugalah kepada legasi Allahyarham (Tan Sri) Azizan Zainol Abidin bekas Pengerusi Petronas dan hormatilah orang dalam Petronas yang telah membuktikan kepakaran dan integriti yang tinggi.Ura-ura sebeginilah yang memberi alasan kuat kepada pihak-pihak yang mahu Petronas bertanggungjawab kepada kuasa yang lebih universal seperti Parlimen untuk terus memperjuangkan tuntutan mereka.

Kepada rakan-rakan blogger, mungkin elok bagi sesiapa saja yang berkepakaran di bidang petroleum, perniagaan global dan urus tadbir korporat membuka sebuah blog khas untuk mengawasi dan memantau perkembangan di dalam Petronas agar ia tidak dilarikan (hijack) oleh pihak-pihak yang rakus.

[NOTA KAKI] -- Mohon maaf kalau saya terlambat membaca dan menyiarkan komen-komen Saudara dan Saudari. Saya terpaksa berulang alik ke kampung di Kedah kerana ayah saya sedang sakit dan emak perlukan sokongan emosi.

Tuesday, May 26, 2009

Pakatan Rakyat, Please be responsible and be a positive catalyst to nation building

I would like to call upon those so called party strategists of PR to be responsible and at least contribute to peaceful political ambiance in Malaysia. Your so called “rakyat” is fed up with your child like antics. To readers who miss the latest news, the excerpt is supplied courtesy of the Star newspaper

Excerp news from the Star newspaper

Five people arrested outside Wisma DAP (Update) Published: Tuesday May 26, 2009 MYT 8:56:00 AMUpdated: Tuesday May 26, 2009 MYT 8:59:30 AM


IPOH: Police arrested five people from an events management firm that was hired by Pakatan Rakyat to organise a three-day hunger strike.
They were arrested while setting up outside Wisma DAP here at about 7am on Tuesday.
More than 10 truckloads of police and members of the Federal Reserve Unit had set up camp as early as 6:30am around the DAP headquarters.
They are believed to have also confiscated some of the material, including a canopy, being set up by the events-management firm.
Former Perak mentri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin had earlier said he would be leading Tronoh assemblyman and former State Assembly Speaker V. Sivakumar on a three-day hunger strike beginning 11am Tuesday.

Comments:

So the Pakatan Rakyat team is hiring an event management firm to stage their hunger strike?
The move is insensitive as unnecessary amount of money is splurged to stage one ill conceived event . The money spent would better off be used to finance "micro finance loans" to deserving small business people or those who have been laid of due to poor economy, to lend a helping hand to feed the needy; hungry farmers, labours and the homeless and to give hope to the destitute.

I wish to call upon all responsible Malaysians; politicians, civil servants, plain lay man, business people , professionals, students etc to stop supporting Pakatan Rakyat . In terms of branding and image building, this is a very bad publicity stunt pulled off by Pakatan Rakyat. They have to work out on damage control measures, least Pakatan Rakyat ends up being labelled as anti establishment and a party full of clowns.

As for the event management firm, any firm with the right mind and vision will not be allowed to be dragged to this unnecessary ruckus…it is bad resume for you too right?

Monday, May 25, 2009

Air Kitar Semula dan Ke Arah Hidup Sihat




Air Kitar Semula dan ke arah hidup yang sihat.


Ehmm orang sibuk pasal politik, tetapi blog anakbukitgantang lebih kepada isu kesihatan? Apa kena mengena dengan isu semasa?


Oh yer, tak lupa nak beritahu baru-baru ini ABG terbaca isu penduduk Kelantan yang terpaksa mengali telaga untuk mendapatkan air.


ABG kurang pasti sama ada penduduk Kelantan gali telaga air sebab tergangu bekalan air atau sebab nak berjimat.


Apapun ABG nasihatkan penduduk yang dah gali telaga untuk mendapatkan semakan kandungan mineral dalam air telaga tersebut. Manalah tahu ada kandungan mineral yang berat dan boleh merosakkan buah pinggang. Lagi satu, ABG bimbang sebab air tersebut mungkin tercemar dengan bakteria dari sistem kumbahan yang tidak terkawal. Jika air limbah (feacal material) tidak disalurkan ke sistem pembetungan yang baik tentu, air tersebut bercampur dengan air bawah tanah yang dijadikan sumber kepada air telaga tersebut. Jadi, mungkin pencemaran air telah berlaku kerana akan terdapat beberapa bakteria dalam kuantiti yang berasal dari najis / tinja seperti E coli dan Salmonella.
Dan penduduk Kota Bahru, mungkin tertanya masih selamatkah air tersebut untuk dijadikan sumber minuman? Apapun, kemungkinan pencemaran air ini serius hanya boleh terjawab melalui kajian makmal.


Bercakap pasal pencemaran sumber air, ABG teringat usaha yang dibuat oleh sebuah township di Utara Adelaide, Australia yang merawat air limbah untuk digunakan semula..ala kitar semula air tersebut.


Perkara ini dibuat kerana Ausralia adalah sebuah benua kecil yang kering, dan air adalah komoditi yang amat berharga. Air yang dirawat dan dikitar semula itu digunakan untuk penduduk di township berkenaan menyiram pokok tanam tanaman. Oleh itu, penduduk di township ini dibenarkan untuk menggunakan air tersebut setiap hari berbanding penduduk di kawasan lain, yang mana bekalan airnya dicatu. Catuan air disini bermaksud penduduk hanya dibenarkan menyiram pokok dan membasuh kereta seminggu sekali.


Jangan ketawa yer. Malaysia sebuah negara yang bertuah, tetapi berapa ramai penduduknya diajar tidak membazir air? Berapa banyak pula penduduknya diajar agar menghargai sumber air dan memelihara sungai? Begitu juga ABG berpendapat sudah tiba masanya sumber air bawah tanah juga dijaga agar ia tak tercemar dengan najis atau sisa kimia (dari kilang yang menggunakan bahan mineral/ logam berat)


Disertakan gambar-gambar yang diambil dari township bekrkenaan sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia, pulihara sumber air sebelum sungai-sungai dan air bawah tanah (water table) kita tercemar atau kering.